Banyak ruang di rumah yang seringkali terlupakan dalam rutin pembersihan, walaupun sebenarnya ia menjadi tempat yang sering digunakan dan kadang-kadang diletakkan makanan.
Kesibukan harian membuatkan kita sering abaikan kawasan-kawasan ini, tetapi untuk memastikan rumah anda benar-benar bersih dan selesa,
luangkan sedikit masa pada hujung minggu untuk memberi perhatian kepada tempat-tempat yang jarang dibersihkan.
Berikut adalah beberapa tip pembersihan yang berguna yang dikongsikan oleh Haryati Hossen.
Permukaan Kabinet yang Berhabuk
Kadang-kadang, permukaan kabinet tidak kelihatan kotor, tetapi sebenarnya penuh dengan habuk. Untuk membersihkannya, mulakan dengan lap menggunakan kain wet wipes khas untuk dapur atau microwave.
Kemudian, gunakan magic sponge untuk kawasan yang lebih degil dan lap sekali lagi dengan kain microfiber.
Tip: Simpan makanan kering dalam bekas penyimpanan tertutup untuk mengelakkan semut atau haiwan lain daripada mengganggu.
Bawah Meja (Table Top)
Ruang bawah meja atau di sekitar kawasan meja sering kali berdebu dan berkarat. Untuk mengatasi ini, taburkan Zip atau stain remover pada kawasan yang tercemar, biarkan beberapa minit, kemudian gunakan waterjet untuk membersihkan permukaan tersebut dengan lebih mudah.
Tip: Jangan lupa untuk memeriksa bahagian bawah meja ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Pastikan tiada najis haiwan perosak, habuk, atau kulat yang terkumpul. Jika perlu, lap dengan air biasa pun sudah memadai.
Cermin atau Tingkap yang Berkulat
Cermin dan tingkap yang jarang dibersihkan akan mula berkulat, terutamanya jika terdedah kepada kelembapan. Ketika membersihkan sinki, sebaiknya bersihkan tingkap atau cermin sekali. Gunakan air biasa jika kotoran ringan, tetapi untuk kulat, semburkan Clorox mold remover, gosok dengan span kasar, dan lap dengan kain microfiber untuk hasil yang bersih.
Tip: Selepas memasak, segera lap permukaan dapur gas dan dinding dengan wet wipes atau Sunlight. Pastikan anda tidak menggunakan kain kotor terus pada percikan minyak atau sambal—lap dengan kitchen towel terlebih dahulu.
Bahagian Dalam Laci (Drawer)
Laci sering menjadi tempat yang terlepas pandang ketika pembersihan. Untuk membersihkannya, lap bahagian dalam laci dengan magic sponge dan cream cleanser. Anda juga boleh menggunakan kitchen wipes jika perlu, dan pastikan untuk mengeluarkan setiap laci satu persatu untuk pembersihan menyeluruh.
Suis
Suis adalah tempat yang sering terabaikan walaupun sering disentuh. Untuk membersihkan suis, gunakan magic sponge yang dibasahkan sedikit dengan air.
Tidak perlu sental terlalu kuat—cukup dengan sedikit tenaga biasa.
Tip: Sentiasa pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh suis. Sediakan wet wipes atau hand sanitizer di dalam kereta atau beg tangan untuk kemudahan pembersihan.
Pintu
Pintu sering kali menjadi tempat terkumpulnya kotoran, terutama jika ramai orang melalui kawasan tersebut. Untuk membersihkannya, lap pintu dengan magic sponge dan Zip cream cleanser untuk hasil yang bersih dan licin.
Dengan mengikuti tip-tip ini, rumah anda pasti akan menjadi lebih bersih dan nyaman. Jadi, jangan biarkan ruang-ruang ini terlupakan dan lakukan pembersihan menyeluruh untuk memastikan kebersihan rumah terjaga!
BACA: Ramai tak tahu rupanya jual senjata tiruan salah disisi undang-undang, ‘kalau kena makan tak habis’