“Berpantang maut sebelum ajal”, detik cemas satu keluarga sempat keluar kereta terbakar. Sekeluarga melalui detik cemas apabila nyaris terperangkap dalam Perodua Axia
terbakar selepas terbabas akibat kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown, hari ini.
Dalam kejadian itu, empat sekeluarga berkenaan diselamatkan dengan bantuan orang awam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Hafiz Hafizal Timaradin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.08 pagi.
“Ketika tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan menyebabkan kereta jenis Perodua Axia itu terbakar. Anggota kemudian melakukan kawalan dan kerja pemadaman api,” katanya sambil menambah kebakaran dikawal 12 minit kemudian.
Pasukan penyelamat katanya, dimaklumkan bahawa mereka yang terperangkap dalam kenderaan itu dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
“Seramai empat individu yang menaiki kereta itu diselamatkan orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba,” katanya.
Difahamkan mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan manakala pemandu sebuah lagi kenderaan tidak mengalami kecederaan.
Kereta Perodua Axia yang dinaiki empat sekeluarga terbakar di Kilometer 3 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Georgetown, awal pagi tadi. – Tangkap layar video tular
Kereta Perodua Axia
BACA:
Ditembak di dada dan tulang selangka, ini punca pegawai polis ditembak isteri sendiri
5 ustaz paling berjaya di usia muda, yang paling last tu banyak dugaan naik turun mahkamah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio