Bermula September, bantuan AM RM350 akan diberi kepada rakyat Malaysia. Anda berpeluang menerima bantuan maksimum berjumlah RM 350 sebulan. Terdapat sebuah bantuan di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada isi rumah yang layak. Untuk mengetahui maklumat penuh sila rujuk perkara di bawah.
BANTUAN AM PERSEKUTUAN
Terdapat 9 jenis bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan.
Ramai rakyat yang kurang tahu mengenai bantuan tersebut. Hal ini kerana ia jarang dihebah-hebahkan kepada masyarakat.
Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat serta isi rumah yang layak melalui tapisan kelayakan.
KADAR BANTUAN
Kadar pemberian Bantuan Am Persekutuan ini adalah minimum RM 100 seorang dan maksimum RM 350 untuk satu isi rumah.
Pembayaran akan dilaksanakan setiap bulan.
TUJUAN BANTUAN
Tujuan utama pemberian bantuan ini adalah untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
Terbuka kepada golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak meliputi di bawah jenis bantuan lain JKM.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan JKM ini boleh dibuat melalui online atau di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Daerah di seluruh negara.
Setiap permohonan dijalankan siasatan penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
DOKUMEN PERMOHONAN
- Borang Permohonan JKM 18
- Borang Kaji Semula JKM 20
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan penyata gaji
- Mana-mana dokumen berkaitan
BACA:
Menang badminton dunia, kerajaan akan umum cuti peristiwa?
Netizen nak ‘cancel’ Fazura bila sokong posting Michael Ang pasal kes Najib