Berkhalwat, skandal dengan pegawai polis yang telah berkahwin antara punca 339 anggota polis ditukar cawangan. Menurut satu posting di Twitter,
difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan daripada jumlah itu, 294 pegawai atau 86.7% ditukarkan dalam Semenanjung 25 pegawai (7.4%) ke Sabah, 20 pegawai (5.9%) ditukarkan ke Sarawak.
Ramai ada hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin
339 pegawai polis ada masalah disiplin ditukar tempat kerja sejak 2018 hingga Januari 2023 -KDN
Kesalahan dilakukan
-ada hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin
-berkhalwat dengan pegawai polis telah berkahwin
-terlibat aktiviti tidak bermoral.— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 15, 2023
Menerusi posting tersebut, dapat dilihat antara kesalahan yang sering dilakukan adalah kerana mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin, berkhalwat dengan pegawai polis telah berkahwin dan juga terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Menurut sumber lagi, KDN memaklumkan pertimbangan dan membuat keputusan tersebut mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada, iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan.
Gambar sekadar hiasan.
Gambar sekadar hiasan.
Image via Malaysia Kini
“339 bukan angka yang kecil tu. Agak merisaukan” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 3,913 retweets, 1,012 quotes tweets dan 4,616 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter: