‘Berita baik untuk PN’ – Muhyiddin. Keputusan Umno enggan meneruskan kerjasama dengan PAS disifatkan “berita baik” bagi Perikatan Nasional (PN), sekali gus menjadikan gabungan itu lebih kukuh untuk menang lebih banyak kerusi, kata Muhyiddin Yassin.
Pengerusi PN itu berkata, hubungan gabungan itu dengan PAS kekal baik sejajar kedudukan parti itu sebagai antara pengasas bersama dengan Bersatu dan parti komponen lain.
“Itu keputusan mereka (Umno), tapi bagi PN hubungan dengan PAS tetap baik kerana mereka (PAS) adalah antara parti pengasas PN. PAS juga berulang kali menjelaskan mereka kekal rakan penting PN.
“Jadi, sudah jelas sekarang mengenai ketidakpastian hubungan mereka (PAS) dengan Umno, tetapi saya fikir ia membuka laluan kepada PN untuk lebih kuat dan efektif untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada pilihan raya ini.
“Bagi saya itu berita baik,” katanya menurut Berita Harian, malam tadi.
Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata demikian di Kota Kinabalu ketika diminta mengulas keputusan Umno tidak bekerjasama dengan PAS, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pada 2 Okt, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sebelum kembali menjalin kerjasama politik – PAS keluar PN, memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi parti itu “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.
Semalam, bercakap kepada FMT, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, berkata parti itu sedang berada dalam dilema susulan “Bersatu mengajak memusuhi Umno, manakala Umno minta syarat ceraikan Bersatu”.
Katanya, PAS akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat dalam mesyuarat pengurusan parti dengan ‘syarat’ kedua-dua parti itu akan dibuat perincian.
Terdahulu, Naib Presiden Umno Khaled Nordin, menegaskan hubungan Umno dengan PAS ‘gugur’ kerana parti itu tidak dapat memenuhi tiga tuntutan diberikan Zahid.
Sehubungan itu, katanya, Umno bersedia bertembung dengan PAS di 27 kerusi Parlimen kritikal, pada PRU15.
27 Kerusi kritikal itu merujuk kawasan jika undi Umno dan PAS digabungkan akan menjadikan peluang menang lebih besar demi menumpaskan Pakatan Harapan (PH).
BACA:
Bob Yusof nyanyi lagu Sumayyah live di GV buat penonton sebak
Aksi penyanyi gosok alat sulit atas pentas dikecam
Jijik! Plaster luka ada dalam kuetiau buat kembang tekak nak makan, “ingat kulit ayam”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio