Satu klip video yang tular di media sosial menunjukkan ribuan ikan melompat ke daratan di Dermaga Pelabuhan Panjang, Bandar Lampung, Sumatera Selatan.
Rakaman tersebut, yang dimuat naik oleh akaun Instagram @trendinglampung,
Memperlihatkan ikan-ikan jenis tanjan secara tiba-tiba melompat keluar dari permukaan laut.
Fenomena ini dipercayai berlaku akibat pasang besar air laut.
Video tersebut telah ditonton lebih daripada 4.4 juta kali dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang berpendapat bahawa ikan-ikan tersebut enak dimakan, manakala yang lain mengaitkannya dengan kemungkinan berlakunya tsunami atau banjir besar.
Lihat siaran ini di Instagram
Namun, Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menjelaskan bahawa fenomena ini bukan petanda akan berlaku bencana alam seperti tsunami.
Menurut BMKG, kejadian tersebut mungkin disebabkan oleh fenomena upwelling, iaitu pergerakan massa air laut dari dasar ke permukaan yang membawa serta nutrien dan menarik perhatian ikan-ikan kecil.
BMKG menasihatkan orang ramai agar tidak panik, tetapi tetap berwaspada dan terus memantau maklumat rasmi mengenai keadaan cuaca dan laut.