Berhenti kerja lama walaupun gaji mahal, lelaki menyesal jadi ejen takaful

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa penyesalan kerana terjebak dalam kerjaya

sebagai ejen Takaful sepenuh masa sehingga tidak mampu menanggung komitmen bulanan.

Menurut pendedahan lelaki tersebut, dia sebelum ini mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tinggi

Dan suasana kerja yang sangat positif, menjadikannya kelihatan sempurna.

Namun, selepas dipengaruhi oleh rakan-rakan, dia membuat keputusan untuk berhenti dari pekerjaan lamanya dan menjadi ejen Takaful sepenuh masa.

Berhenti kerja lama walaupun gaji mahal, lelaki menyesal jadi ejen takaful

Selepas dua tahun bekerja sebagai ejen Takaful, lelaki tersebut akhirnya berhenti dari jawatan tersebut.

Dia meluahkan rasa menyesal kerana terpengaruh dengan nasihat rakan-rakan untuk menceburi bidang Takaful dan kini terpaksa mencari pelbagai cara untuk menanggung komitmen bulanan.

Dia cuba untuk memohon semula pekerjaan lamanya, tetapi permohonannya tidak diendahkan oleh syarikat tersebut.

BACA: Hilang di Johor, kanak-kanak hilang ditemui selamat di Batang Kali