‘Bergaduh macam budak2, pergi je la court selesaikan’ Michael Ang sekolahkan Jofliam dan Cik Epal?

Oleh MHDAILY

Pengarah terkenal, Michael Ang, telah mengkritik sikap pempengaruh yang membuka aib

Dan bertelagah di media sosial mengenai isu rumah tangga dan perceraian mereka.

“Bergaduh Seperti Kanak-Kanak”

Melalui hantaran di Instagram, Michael menggambarkan tindakan dua individu tersebut

Mereka yang sering berbalas kenyataan di media sosial sebagai perbuatan yang tidak matang dan seperti sikap kanak-kanak.

'Bergaduh macam budak2, pergi je la court selesaikan' Michael Ang sekolahkan Jofliam dan Cik Epal?

“Apakah bodohnya manusia bergaduh seperti budak-budak. Satu Malaysia sibuk dengan isu banjir, dia boleh minta pulangkan hidung dan kereta balik!” katanya.

Susulan daripada itu, Michael mencadangkan agar pasangan tersebut menyelesaikan pertelingkahan mereka melalui saluran yang betul, iaitu di mahkamah, terutamanya berkaitan tuntutan harta.

“Pergi selesaikan di mahkamah pasal harta, lepas tu jangan lah post gambar-gambar aib sebelum dan selepas buat pembedahan! Tak baik, dik! Tiba-tiba iklan China tentang lelaki yang saman isterinya yang cantik tapi anak muka lain, rupa-rupanya isteri dulu buruk tapi buat pembedahan muka! Tak baik, tak baik!” jelasnya lagi.

Komen Warganet

Walaupun Michael tidak menyebut nama sesiapa dalam hantaran tersebut, kenyataan beliau dilihat berkait rapat dengan situasi yang melibatkan dua pempengaruh yang baru-baru ini berpisah.

“Terima kasih Mike, tolong makikan,” antara komen yang turut menyokong pendapatnya. Ada juga yang merasa kasihan kerana aib mereka terbuka kepada umum.

“Makin meluat tengok diorang berdua. Buat malu je,” ujar beberapa warganet lain, yang berpendapat bahawa tindakan ini lebih kepada pemasaran untuk menarik perhatian, jika tidak buat begitu, mereka tidak akan dikenali.

Kecoh Isu Cik Epal dan Jofliam

Sebelum ini, media sosial dikejutkan dengan tuntutan usahawan dan pempengaruh Cik Epal kepada bekas suaminya, Jofliam, agar menjual kereta mewah miliknya dan membahagikan hasil jualan tersebut secara adil.

Bagaimanapun, Jofliam menjawab bahawa dia hanya akan berbuat demikian sekiranya Cik Epal ‘mengembalikan hidungnya’, yang telah membuatkan Cik Epal berang.

BACA: Perompak mesin ATM emas berputih mata, rupanya emas dalam mesin habis dijual