Berebut kerusi dalam train, warga Singapura jerit ‘balik Malaysia lah!’

Oleh MHDAILY

Berebut kerusi dalam train, warga Singapura jerit ‘balik Malaysia lah!’. Tular sebuah video pergaduhan di antara seorang pak cik warga Singapura dengan seorang pemuda dari Malaysia. Kejadian yang berlaku di salah sebuah MRT telah disiarkan oleh @w4yne3 di TikTok. Ia telah mendapat pelbagai kritikan dari netizen, terutamanya dengan cara dan perangai pak cik tersebut.

Memetik laporan SingaporeUncensored, Pergaduhan yang berlaku difahamkan terjadi disebabkan perebutan kerusi. Pemuda tersebut dikatakan tidak menghormati orang tua lerana duduk di di tempat yang dikhaskan kepada warga emas.

Pak cik yang kelihatan sudah lanjut usia itu bagaimanapun bertindak agresif apabila meminta lelaki tersebut pulang ke negara asalnya.

Lelaki tersebut yang berang dengan tindakan pak cik tersebut, cuba mengajak untuk beradu tenaga dan meminta pak cik terbabit untuk memukulnya. Walaupun pak cik itu menolak ‘tawaran’ tersebut, dia terus mengulang meminta lelaki muda itu supaya pulang bukan sahaja ke Malaysia, malah China juga.

Video itu telah mendapat lebih 500k tontonan dan 4k tanda suka, dengan kebanyakan netizen mengecam warga emas itu atas kelakuannya. Ramai yang berpendapat bahawa dia tidak perlu membuat kecoh kerana dia sudah mempunyai tempat duduk di MRT.

Berebut kerusi dalam train, warga Singapura jerit 'balik Malaysia lah!'

Untuk rekod, kedua lelaki ini sebenarnya boleh di saman oleh pihak berkuasa Singapura. Sesiapa yang membuat gangguan di kawasan awam secara berlebihan sehingga mendatangkan kegusaran atau ketidakselesaan kepada orang lain boleh didenda sehingga $1,000 atau penjara tiga bulan.

@w4yne3♬ original sound – w4yn3

BACA:

Kelibat ‘malaikat’ berjaya dirakam oleh angkasawan ini

Shuib belanja view rumah 3 tingkatnya dalam proses ubahsuai, terkejut tengok lantai

Lelaki tangkap ikan kelah merah gergasi paling mahal, rezeki banjir…