Berdepan 10 tahun penjara atau dirotan, Abang Bas menangis dalam kandang tertuduh

Oleh MHDAILY

Sebelum ini, seorang pemandu bas sekolah tular selepas memuat naik beberapa video yang menimbulkan kegusaran ramai khususnya ibu bapa.

Ia memaparkan pemandu bas atau lebih dikenali sebaga Abang Bas itu mencium serta menggunakan kapsyen

seperti ‘kesayangan’ serta ‘crush’ kepada kanak-kanak perempuan yang menaiki basnya itu.

Tindakannya itu dilihat tidak sepatutnya dilakukan terhadap kanak-kanak dan dia telah pun ditahan reman selama 5 hari sebelum ini.

Seorang pemandu bas menangis dalam kandang tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di depan hakim di Mahkamah Sesyen Muar, Johor pagi ini.

Berdepan 10 tahun penjara atau dirotan, Abang Bas menangis dalam kandang tertuduh

Lelaki terbabit – yang dikenali sebagai Abang Bas – mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang mungkin akan menyebabkan dia dipenjara sehingga 20 tahun atau dirotan jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan tersebut dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Sayani Mohd Nor, lapor Awani hari ini.

Dibenar diikat jamin

Untuk pertuduhan kedua, lelaki terbabit didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang kali bagi maksud seksual.

Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bas sekolah dan di lokasi sama, antara jam 5 petang hingga 6 petang pada bulan ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan ke atas lelaki terbabit dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor, Abdul Ghafar Ab Latif, manakala Umar Zulkarnain bertindak sebagai peguam bela.

Sementara itu BH Online melaporkan Sayani membenarkan lelaki terbabit diikat jamin RM30,000 selepas hakim mendengar hujah kedua-dua pihak.

Mahkamah juga mengarahkan lelaki itu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, selain tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa ataupun saksi pendakwaan sepanjang prosiding berlangsung.

Kes disebut semula pada 10 Oktober ini untuk serahan dokumen.

BACA: ‘2 tahun lagi nak pencen baru aku sedar selama ini isteri bukanlah cinta sejati, aku tiba-tiba teringat..’