Berdekah tengok netizen rakam abang bangla pakai baju ‘Pandu Puteri’

Oleh MHDAILY

Berdekah tengok netizen rakam abang bangla pakai baju ‘Pandu Puteri’.

Tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing memakai pakaian unit beruniform mirip Pandu Puteri menarik perhatian sehingga mengundang rasa terhibur dalam kalangan netizen di aplikasi TikTok.

Seorang pengguna TikTok, @ceoofjenggo memuat naik satu video memaparkan aksi lelaki tersebut yang dilihat sedang duduk sambil membuat panggilan telefon di tempat awam.

Ni baju Pandu Puteri kan?

Berdekah tengok netizen rakam abang bangla pakai baju 'Pandu Puteri'

Disebabkan baju uniform yang popular bagi aktiviti kokurikulum di sekolah itu, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi sehingga mencecah hampir 5,000 komen pada video berkenaan.

Rata-rata mengakui geli hati sekali gus bergurau mengatakan lelaki itu berkemungkinan baru pulang dari sekolah atau melepak selepas aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

Bagaimanapun, segelintir individu berasa kasihan dengan menyifatkan lelaki terbabit mungkin tidak mengetahui bahawa pakaian tersebut adalah unit beruniform kerana disedekahkan oleh orang lain.

@ceoofjenggo #viralvideo #fypdongggggggg #masukberanda #fypage #fypシ゚viral #bantufyp #viraltiktok #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #viral #viral_video #fyp #funny #funnyvideos ♬ original sound – CEOofJenggo

BACA:

Boikot! Ini senarai jenama dari Negara Sweden yang ada di Malaysia

“Bukan kepada mana-mana individu. I tak attack Janna or Mas Idayu secara personally.” – Azhar Sulaiman