Berat badan turun 6 kg dalam tempoh seminggu, ini diet si pemalas yang anda boleh ikuti.
Terdapat pelbagai jenis diet yang dicipta mengikut kesesuaian tubuh badan.
Ramai yang telah mencuba mengurangkan berat badan dengan mengikut beberapa teknik dan kaedah tersebut namun hasilnya tetap hampa.
Malah, ada yang sudah mencapai berat ideal tetapi naik semula akibat tidak mampu meneruskan diet yang ketat selain memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.
Bagi yang ingin mencuba, tips diet yang santai dengan cara 16 jam puasa dan 8 jam makan yang diamalkan oleh Hertonnye Linggom ini mampu menghilangkan 6kg berat badannya dalam masa seminggu! Rutin diet ini dinamakan sebagai ‘Intermittent Fasting (IF). Mungkin ada yang sudah biasa mendengar tentang diet ini yang memang terkenal di negara Barat.
Namun pun begitu, sebelum memulakan sebarang rutin diet tersebut, diharuskan kepada anda untuk mendapatkan pandangan daripada doktor. Ini adalah untuk memastikan rutin pemakanan baru anda tidak menjejaskan kesihatan. Selamat mencuba!
DIET SI PEMALAS
Kalau membaca artikel ini sampai habis pun malas, lupakan sahaja niat mahu kurus itu. (Disclaimer: Sebelum baca, mengamal dan mempraktik, ini semua adalah apa yang saya buat untuk lose weight. Mungkin ada beberapa pihak yang tidak bersetuju tetapi terpulang kepada setiap individu. Cubalah masa yang kamu rasa boleh buat dan selesa. Buat apa mahu seksa diri? Posting ini bersifat bebas dan tidak juga dibayar.)
Sebelum ini ramai yang bertanya, “Tony, kau kurus oh, kau buat diet atkins ke?” Mungkin sebab atkins diet yang paling glamour dan orang ramai tahu kan . To be honest, saya tak pernah try atkins (bukan nak cakap diet itu tidak bagus) tapi saya tak pernah cuba mungkin sebab tak berminat.
Intermittent Fasting (IF)
Tapi diet yang saya buat ini bernama, Intermittent Fasting (IF). Baru dengar? Ya, ia tak terkenal seperti atkins tapi bagi saya yang malas mahu jaga makan, malas mahu ada fasa-fasa, saya lebih suka buat diet ini. Tambahan pula, selama saya kurus saya tak pernah buat bersenam sebab sibuk. Kalau ada masa baru pergi zumba, jogging, tapi betul, saya tidak ada masa untuk semua itu, jadi saya hanya fokus kepada diet sahaja.
Minggu pertama sudah turun 6kg
Selama 5 tahun gemuk kurus gemuk kurus, saya sudah cuba bermacam-macam. Saya pernah buat eat clean, mula-mula saja berkobar-kobar namun akhirnya mengalah sebab saya penat. Mana mahu buat senaman, mana mahu jaga makan lagi?
Lepas itu saya putuskan untuk fokus satu benda saja, fokus jaga makan, nanti nak fit, saya fokus senaman pula. Jadi, saya mula cari tahu pasal diet IF ini, lepas membaca kemudian saya cuba. Minggu pertama saja sudah turun 6kg! Paling banyak turun berat selama ni pun 1-2kg saja, tu pun betul-betul eat clean, makan rebus, no sugar, no oil, no salt tapi dengan IF ni saya tertarik, sangat effortless.
Guna kaedah 16:8
Sudah 3-4 kali cuba IF memang berjaya turun. IF ni actually kalau kena tulis bukanlah diet tapi dia ialah penjadualan masa makan kamu. Dua part; puasa dengan makan. Haa apa tu? Dlm IF ni, ada beberapa jenis method dia. Tapi yang paling glamer ialah method yang 16:8; iaitu puasa 16 jam dan makan 8 jam.
Terus ada yang belum lagi saya explain besar sudah mata dia, amaaaaa mati la saya begini mana tahan tak makan 16 jam ni setiap hari dia bilang.
Begini ondu dan inan, 16 jam (fasting period) puasa itu ialah termasuk masa tidur kamu, dan semasa puasa tu kamu boleh minum air sebanyak yang mungkin dan minum black tea atau green tea sugar free gum or anything yang dibawah 5kcal. Lebih daripada itu, better jangan kamu puasa batal sudah (dalam konsep IF) hahaha. Dan 8 jam (feeding period) itu ialah masa makan kamu. Haaa 8 jam makan? Gemuk la saya begini kalau 8 jam saya makan. Bukan saya suruh ko makan 8 jam setiap minit. Ada tujuan kenapa ni IF bagi period makan 8 jam.
Kalau fikir secara logik kamu makan sekali terus kenyang kan? Then dalam masa 8 jam itu mungkin kamu akan makan dua kali sahaja, ini secara langsung kawal pengambilan makanan kamu tau. Jangan pula mentaliti, ooo saya ada 8 jam masa makan ni, saya kena berabis ni, sebab nanti puasa 16 jam, mati saya kelaparan..
Kalau ada begini punya fikiran, jangan diet. Teruskan menggemuk sebab memang tak akan menjadi ya. Dan kalau lama – lama kamu buat IF ni kan, based on my experience, tak tau la, tapi perut kita macam trained, mengecut barangkali, sikit ja portion saya makan sekarang, and 1 meal ja sehari. Bukan sengaja ah, kalau buli saya mahu makan juga banyak-banyak hahaha.. tapi bila buat IF ni memang gitu la, ko lapar, lepas tu ko makan, tapi sikit jaaaa ko termakan terus kenyang.
Makan semua kecuali gula
Sebut-sebut pasal makan ni, haaaaa apa MAKANAN yang saya boleh ambil ni? Rumput? Besi? Tanah? Hahahaha… dalam IF (yang saya modify ni la haha) sebab saya bukan mau jadi 6 pek pun, just mau kurus. Saya MAKAAAAAN semuaaaa segala-galanya, sebab makanan dan manusia bersimbiosis kan so memang tak dapat dipisahkan haha.
Termasuklah nasi, kuah satay, nasi goreng, ikan masin, terung sambal, apa-apa la makan saja, KECUALI “SUGAR”! yessss dua bulan sudah saya tak makan sugar. Sugar? Anything yang manis-manis termasuklah 3 In 1, kuih-kuih, air sirap, coke, kek eh banyak la pokoknya mana-mana yang rasa manis itu (even buah pun saya tak makan, tapi hari tu durian tiada maaf la) kamu CUT dulu. Yes CUT SUGAR INTAKE!
Sampai bila? Sampai kamu mencapai weight goals kamu (tapi jangan risau, nanti kalau kamu praktik IF ni pandai la kamu kawal sendiri tu, in fact saya sendiri sekarang pun makan sudah kek hujung minggu hehe)… hold…… try tahan tak makan manis-manis, ini yang penting. Sebab… kamu try IF ni then cut sugar selama seminggu, potong kuku saya kalau kamu tak hilang 3-4-5-6 kg! Mau-mau lagi yang tak pernah diet memang besar impact dia reducing (cutting sugar ni) …. hipo la I kalau tak ambil gula? Emmm actually makanan-makanan lain tu pun ada juga sugar, even nasi putih sekali pun ada sugar hehe tapi tak rasa manis la.
Ikut Jadual 16 jam puasa 8 jam makan
So macam mana mahu kasi jadual 16 jam puasa 8 jam makan tu? Actually timing ni kamu boleh adjust sendiri, tapi beginner saya try rekemen 16 jam puasa start 8pm – 12pm (keesokkan harinya) so time kamu tidur tu pun consider as puasa. 8 jam makan pula start pukul 12pm – 8pm ; sini la yang kamu makan tu. Last meal 8pm kalau masih lapar la. Tapi kalau sudah makan 5pm then tak lapar jangan la makan lagi sebab tengok timing ja k.
Okay apa yang saya buat, saya memang ikut 16;8 method ni, masa makan saya akan makan apa-apa la nasi ayam kari ka, satay ayam ka, mee mamak ka (sebab eating clean method tak dapat makan ni semua sebab bergoreng, berminyak dan berlemak, I cannot) asal jangan makan yang manis ok, minum air kosong. Tapi sekarang, saya sudah terlalu biasa dengan IF ni; saya makan sekali sahaja sehari iaitu around 6-8pm haha…tapi jangan ikut, tengok kemampuan masing-masing. Try 16;8 tu dulu ok.
Diet IF best sebab paling santai
Apa yang saya rasa best tentang IF ni? Jujur cakap ini la method paling santai, effortless, foods freedom (kecuali gula), and saya tidak exercise (mohon abang-abang gym tak hempas I dengan dumbell sebab saya tak menggalakkan org tak pergi exercise tapi mahu bagi tips untuk yang memang malas mahu exercise dan tiada masa haha) the only exercise yang saya buat ialah blending my eyeshadow haha.
Jadi kesimpulannya, terpulang kepada individu memasing, bagi saya kalau saya mahu lose weight, then saya kena focus dua benda which is diet and exercise….; sudah la penat menahan lapar, penat lagi berjogging…. I just cannot, sebab method yang begini saya betul-betul cepat give up, TIRED. Kepada mereka yang selama ini sudah bosan try macam-macam cara, penat penat and penat, try this ya… saya bukan la ada body jessica alba pun, tapi at least daripada saiz seluar 36 now saya sudah 29 in 2 months plus.
Amalkan detox setiap malam
Extra tips; amalkan detox setiap malam. Saya minum Clenx Tea beli di Watson atau Guardian (iklan tak berbayar, mohon Clenx Tea sponsor saya Tea seumur hidup) haha. Tea dia rasa payau sikit, lama-lama biasa la tu hehe. Minum setiap kali sebelum tidur ya. Lepas 8 jam sedia-sedia mau p toilet ja.