Berapa bulan tiada pendapatan, suami tergamak jual video tak senonoh isteri

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Zaman ini, orang sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan lebih banyak wang, terutamanya bagi yang mempunyai anak.

Kebanyakan orang akan mencari dua kerja atau lebih untuk mendapatkan pendapatan tambahan, tetapi cara seorang lelaki dari Indonesia ini sungguh menjijikkan.

Untuk mendapatkan keuntungan, lelaki dari Bandung, Indonesia, sanggup menjual video lucah isterinya di media sosial tanpa pengetahuan wanita tersebut.

Rakaman itu dibuat di kebun teh Ciwidey, di mana isterinya menunjukkan kemaluannya, dan dijual dengan harga 300,000 Rupiah (RM91).

Sejak jualan itu dilakukan, lelaki itu telah mendapat keuntungan hampir 5 juta Rupiah (RM1,527).

Berapa bulan tiada pendapatan, suami tergamak jual video tak senonoh isteri

Namun, perbuatannya terbongkar apabila seorang remaja menjual video bogel tersebut.

Rakaman itu menjadi tular pada awal Mei lalu, dan siasatan polis mendapati video itu awalnya dirakam untuk kegunaan peribadi.

Namun, lelaki itu kemudian mula menjual video tersebut melalui akaun media sosial selepas beberapa bulan tidak mempunyai sumber pendapatan.

Dia membuat akaun media sosial khusus untuk menjual video isterinya.

Isterinya hanya mengetahui tentang penjualan video tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial apabila seorang remaja menjualnya sejak September tahun lalu.

Sementara itu, remaja yang terlibat telah diserahkan ke pusat perlindungan di Bandung, manakala pasangan suami isteri tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan.

Mereka berdua telah melanggar Undang-Undang Pornografi dan Undang-Undang tentang Informasi Transaksi Elektronik, dan menghadapi hukuman penjara selama 12 tahun.

BACA: “Anak menantu fikir saya tak kerja? Tiada pencen harap duit anak je macam bapa dia, jangan fikir saya sengkek, saya ada simpanan sendiri”