Semalam, satu video telah dimuat naik oleh pengguna X memaparkan seorang lelaki yang teruk dibelasah oleh orang awam di tepi jalan
gara-gara meragut rantai emas milik seorang wanita. Peragut itu dipegang kuat oleh beberapa orang awam yang berjaya menangkapnya.
Bukan orang awam sahaja yang membelasah peragut itu, mangsa ragut juga turut memukul, menendang dan menjerit kepadanya
Disebabkan wanita ini mahu mengumpul bukti, dia berkali-kali meminta pelaku itu menunjukkan wajahnya.
Dua utas rantai emas yang dicuri sedang dipakai oleh peragut tersebut manakala seutas lagi disorokkan di dalam bajunya.
Peragut berjaya ditangkap di Kota Tinggi. Mangsa akak baju biru tu.
Mat dah tau “hobi kami mahal” pergi kerja la anjing, kau gi meragut buat apa??
Lagi respek aku kat brader yang kejar 100 trip tu woi! pic.twitter.com/YMHdAyobQp
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) October 17, 2023
Walaupun dipaksa berkali-kali, dia masih berkeras dan menghalang orang awam mengambil rantai yang diragut sebelum kedua-dua utas rantai berjaya diambil oleh orang awam.
Badannya yang sudah lemah dipukul bertubi-tubi, peragut ini juga masih mencuba untuk merampas semula rantai emas tersebut.
Menurut Sinar Harian, peragut ini telah ditahan polis dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi. Kejadian itu berlaku di dalam bangunan kedai barang kemas di Plaza Kota Tinggi dan pihak polis juga merampas dua utas rantas emas yang bernilai antara RM8000 dan RM15,000.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, difahamkan suspek berpura-pura ingin membeli barang kemas di kedai itu sebelum melarikan diri. Semakan rekod mendapati, peragut itu mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes curi dan saringan air kencing adalah negatif dadah.
Reaksi netizen di ruangan komen turut memberi kecaman terhadap lelaki itu.
BACA: