Pergaduhan dalam rumah tangga seringkali kita dengar sampai ke hari ini.
Kadang-kadang punca pasangan suami-isteri bergaduh sangat tidak masuk akal.
Lagi menyedihkan, ada pergaduhan yang berakhir dengan perceraian dan pembunuhan.
Satu kes yang dilaporkan oleh Kosmo, seorang lelaki telah bertindak luar kawalan menjerut leher isterinya gara-gara tidak dapat wang yang diminta.
Lelaki yang juga penganggur itu pada mulanya meminta sejumlah wang sebelum isterinya memberikan RM100. Tidak berpuas hati dengan jumlah yang diterima, suspek menggunakan tergamak menjerut leher isterinya menggunakan tali.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, penganggur tersebut juga telah bertindak menutup mulut mangsa sehingga tidak sedarkan diri sebelum dia menampar muka mangsa.
Panik selepas mangsa tersedar, suspek bergegas melarikan diri dari tempat kejadian. Mangsa kemudiannya pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membuat laporan.
Menurut Raiz Mukhliz, suspek telah pun berjaya ditangkap pada hari yang sama sebelum dia dibawa ke IPD Muar bagi siasatan lanjut. Kes ini juga akan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.
Tambah beliau, ujian air kencing suspek adalah negatif sementara mangsa telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Difahamkan pasangan suami isteri itu juga masih dalam proses perceraian.
Majistret Mahkamah Muar, Fatin Dalilah Khalid membenarkan perintah reman selama lima hari bagi mebantu siasatan. Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
BACA: Pernaht tak terfikir? Boleh ke lelaki bujang ambil anak angkat perempuan, ini jawapan pejabat Mufti