Berang dengan Majlis Bandaraya, penduduk terpaksa guna duit gaji sendiri baiki jalan rosak

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Sebuah kumpulan penduduk terdiri daripada lebih daripada 100 keluarga di Daerah 12, Bandar Raya Ho Chi Minh,

telah mengumpulkan dana sendiri untuk membaiki sebuah jalan yang terus dilanda banjir selepas pihak berkuasa menghentikan usaha pembaikannya,

Dilaporkan oleh portal berita VNExpress semalam.

Berang dengan Majlis Bandaraya, penduduk terpaksa guna duit gaji sendiri baiki jalan rosak

Sejak musim hujan melanda selatan Vietnam pada bulan April yang lalu, sepanjang 400 meter dari Jalan An Phu Dong 35 terus terendam air. Jalan tersebut membentang sepanjang kira-kira 4 kilometer.

Pengerusi persatuan penduduk setempat, Vo Thi Ngoc Lan, menjelaskan bahawa jalan itu terus terendam air kerana tidak mempunyai sistem perparitan yang mencukupi. Kepadatan lalu lintas dan air bertakung telah menyebabkan kualiti jalan merosot dengan cepat.

Beliau sebelum ini mencadangkan kepada Majlis Daerah 12 untuk menggunakan bajetnya bagi menaik taraf jalan tersebut, tetapi usulnya ditolak oleh pihak pentadbiran dengan alasan kekurangan dana.

Walau bagaimanapun, semua 114 keluarga yang terjejas akhirnya bersetuju untuk menyumbangkan dana mereka sendiri untuk membaiki jalan raya tersebut, dan ini akhirnya membolehkan kerja pembaikan dilanjutkan

BACA:“Tengok gambar bakal suami muka jambu, putih bersih, bibir merah, malam lepas nikah, baru aku nampak yang laki aku bukan calang-calang lembut”