Sebuah bengkel membaiki kenderaan mewah di Taman Perindustrian Puchong Utama dikesan
Mereka menggunakan buruh asing bawah umur, termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.
Operasi Ops Pintas Mega oleh Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman
Berjaya menyelamatkan lima buruh asing ‘muda’ ini dari keadaan yang disyaki mencurigakan di premis bengkel tersebut.
Berdasarkan laporan Harian Metro yang mengikuti operasi tersebut, bengkel kenderaan tersebut diketahui membaiki kenderaan mewah dari pelbagai negara seperti Itali, Jerman, Jepun, dan lain-lain.
Remaja lelaki berusia 13 tahun tersebut dilaporkan bekerja sembilan jam sehari dan enam hari seminggu dengan hanya mendapat upah RM45 sehari.
Salah seorang mangsa, yang berasal dari Myanmar dan tinggal bersama bapanya di dekat bengkel tersebut, menyatakan bahawa dia melakukan pelbagai kerja membaiki kereta, termasuk kerja mengecat dan baiki badan kereta.
Mangsa lain, yang mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia, menerima upah bulanan antara RM900 hingga RM1,800.
Serbuan oleh polis berjaya menjejak lima mangsa yang terdiri daripada remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun. Premis bengkel yang beroperasi hampir 20 tahun itu turut menyaksikan penahanan 22 pekerja lelaki warga Myanmar dan tiga warga tempatan dalam usia 20 hingga 51 tahun. Mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom 2007, dengan fokus utama untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang.