Bengang suami lambat sangat sign surat cerai, wanita ini bunuh suami guna tukul.
Begitulah kisahnya untuk seorang wanita Vietnam di Amerika Syarikat
Dia yang sepatutnya bertemu dengan suaminya bagi menandatangani surat perceraian, namun bertindak sebaliknya.
Dalam kejadian berdarah itu, wanita itu membunuh suaminya dengan menggunakan tukul.
My Tran, 42, yang bermastautin di Arlington, Texas kini menghadapi tuduhan pembunuhan.
Mangsa berusia 45 tahun menjemput Tran ke apartmennya untuk mendapatkan persetujuan bagi bercerai pada 24 Mei lalu.
Tran sendiri menghubungi perkhidmatan kecemasan dan mengaku memukul kepala suaminya dengan alat itu.
Menurut afidavit waran tangkap, Tran yang bertutur dalam bahasa Vietnam mula-mula mengaku kepada kakitangan kecemasan, melalui jurubahasa, sebelum membuat pengakuan sama kepada detektif polis Arlington.
Polis tiba di apartmen itu kira-kira 6 pagi Rabu lalu sebelum mendapati Tran duduk di luar apartmen.
Mereka menemui mayat lelaki berusia 45 tahun itu dalam keadaan terbaring dan tidak bergerak di dalam bilik tidurnya.
Pihak berkuasa mengesahkan dia meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian
BACA:
Pengacara TV terkenal tiba-tiba ‘free hair’, sekali lain pula netizen perasan