Belum reda kes Aliah Qistina jadi mangsa bapa tiri, gadis ini pula dedah ayah lepas nafsu tapi ibu tak percaya.
Dugaan berat menimpa seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi tempat pemuas nafsu bapa tirinya cukup menghibakan rakyat Malaysia.
Paling sedih, si ibu kandung dipercayai hanya memilih untuk kunci mulut dan tidak melindungi zuriat sendiri yang teruk dianiaya.
Belum habis lagi isu Aliah Qistina, sebuah berita lain turut melaporkan isu yang seakan sama. Seorang lelaki berusia 47 tahun telah dikenakan hukuman penjara selama 18 tahun beserta 13 sebatan oleh mahkamah atas kesalahan melakukan hubungan badan secara paksa dengan anak kandungnya sendiri.
Bapa 4 anak ini turut dituduh lakukan gangguan menjijikkan secara fizikal
Difahamkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh mekanik tersebut dalam bilik tidur pada 20 Disember 2017 sehingga 20 April 2018 iaitu saat anaknya berusia 11 dan 12 tahun 2 bulan. Alangkah sedihnya hati si anak, si ibu pula tidak mempercayai langsung kata-katanya apabila meluahkan trauma berkenaan.
Anak kemudiannya luah masalah kepada rakan sekolah
Setelah lama mendiamkan diri, si anak yang kini berusia 17 tahun mengadukan masalah itu kepada rakannya. Lalu, mereka mendapatkan rujukan daripada guru di sekolah lantas membuat laporan polis. Walaupun sudah lama berlalu, syukurlah kini si bapa mendapat kifarah yang setimpal dengan perbuatan keji dibuatnya.
BACA: