“Belum habis eddah tapi mama sibuk keluar dating, mama macam dipukau, suami orang tu minta duit terus dibank in”

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

“Belum habis eddah tapi mama sibuk keluar dating, mama macam dipukau, suami orang tu minta duit terus dibank in”

Mama kata sebab mereka bercerai abah kedekut, tak tolong buat kerja rumah.

Tapi baru-baru ni aku dapat tahu sebenarnya, makcik aku bagitahu mama curang masa dengan abah. Patutlah lepas cerai aku nampak, Pakcik Samad.

"Belum habis eddah tapi mama sibuk keluar dating, mama macam dipukau, suami orang tu minta duit terus dibank in"

Assalamualaikum semua FB. Harap admin siaran luahan hati akak ni. Nama akak Siti, anak sulung dari 3 ADIK beradik. Umur awal 30-an. Cerita ni berkisarkan tentang Mama akak yang bernikah untuk kali ke-3.

Maafkan akak kalau tak pandai nak mengarang. Sekadar luahan kepada semua.. Mama akak ni berkahwin dengan bapa (kandung) dulu pada usia yang sangat muda iaitu 18 tahun dan bapa dalam 27 tahun. Mereka bersama hanya 5 tahun.

Awal tahun waktu akak 6 tahun, tengah tadika tu mereka bercerai. Masa Mama dan Abah ke mahkamah, akak menangis nak ikut. Ingatkan nak jalan-jalan rupanya ibubapa akak gi cerai. What a sad life. Akak pun bernikah awal dalam usia 23 tahun, jadi lepas berkahwin tu akak selalu la tanya-tanya kenapa dulu Mama bercerai.

Cerita Mama, Abah suka simpan duit hasil pekerjaan, perniagaannya ke nenek. Tanpa beri nafkah dulu ke Mama. Abah selalu melarikan diri ke rumah ibunya (nenek) lepas Mama bersalin akak dan adik akak (2 beradik seibu sebapa).

Maksud melarikan diri, Abah langsung tak tolong Mama selepas bersalin. Ini antara penyebab Mama dan Abah bercerai dulu. Tapi sebenarnya Mama curang. Ini pengakuan Abah baru-baru ni. Sedih sangat dengar. Adik Mama yang ke-2 pun ada cerita, dulu Mama curang dengan suami kedua (ex-husband) semasa masih bersama dengan Abah.

Memang tak percaya tapi kalau Abah pun buka cerita maksudnya betul lah tu. Sepanjang akak membesar di sekolah rendah, sedih tengok kawan-kawan akak dihantar dan diambil ke sekolah. Lepas Mama bercerai tu anak dijaga oleh nenek dan datuk sebeIah Mama.

Alhamdulillah sangat, nenek dan datuk masih sihat dan hasil business pun Allah bagi mencurah-curah. Terima kasih Ya Allah. Segala kelengkapan sekolah memang datuk bagi tip top. Walaupun akak biasa-biasa je kat sekolah.

Tapi ada satu kekosongan akak rasa iaitu kurang kasih sayang dari Mama. Mama sibuk jalan sana sini. Kursus sana sini tapi tiada penghasilan. Memory akak dengan Mama dulu hanya dirotan dan disindir dengan kata-kata menyakitkan hati.

Tangan mama selalu je naik dekat pipi sehingga berdarah hidung gara-gara akak cakap “Mama buat sex dengan xxxx” tapi umur akak 9 tahun faham yang mama sedang tidur berpelukan dengan lelaki tu. Akak nampak mereka berpelukan sebab mama buka pintu bilik yang sebelum ni mama berdua-duaan dengan lelaki tu dari pagi sampai tengah hari dalam bilik tu.

Moga Mama akak bertaubat dengan perbuatannya. Paling trauma, akak pernah diraba oleh suami adik Mama tapi Mama akak diamkan je. Sedih ye bila membesar tanpa figure bapa. Akak membesar jadi kasar, keras kepala dan baran.

Akak kecil je, tapi suara akak besar sebab tak nak dibuIi, Mama tak akan pertahankan aku. Macam tu la cara akak pertahankan diri. Tiada siapa yang boleh akak bergantung harap. Kena back up diri sendiri. Ok habis pasal diri akak.

Sekarang nak cerita pasal bapa tiri ke 2 (bekas suami mama-akak namakan Samad). Mama berkahwin semula selepas 6/ 7 tahun menjadi ibu tunggal. Samad ni bujang dan muda setahun dari Mama. Mereka bercinta on off (mata tengok atas tangan kat bahu) semasa masih isteri Abah lagi.

Hal ni jiran pun confirm kan mereka nampak mama berpelukan dekat parking semasa kenduri kat rumah. Yang Mama berdua-duan dalam bilik tu dengan Samad ni la. Lepas sahaja Mama dengan Abah bercerai terus Samad selalu datang rumah. Meluat sangat tengok bermesraan dengan Mama.

Bayangkan perasaan akak masa tu. Sedih sangat bila teringat. Oo ya, kami tinggal bersama dengan datuk dan nenek tapi dorang selalu sibuk dengan business jadi jarang ada di rumah. Masa datuk dan nenek tiada di rumah la Mama akak dan si samad tu bermesra lebih-lebih. Sakit hati akak.

Sebelum Mama berkahwin dengan si Samad ni, Samad pijak semut pun tak mati. Baik sangat. Tiap minggu bagi akak duit RM50. Diberinya juga akak coklat cadbury pek besar, sampai akak gendut. Hihihi. Tapi semua tu rupanya modus operandi dia nak ambil hati kami anak-anak Mama. Cis! Akak tertipu.

Masa umur akak 13 tahun berkahwin la mereka. Akak memberontak masa Mama nikah, akak masa tu bersekolah sesi petang. Akak balik rumah pukul 7 malam (sarawak) jadi memang gelap daa. Akak menyorok kat pokok pine.

Akak sebenarnya tak setuju Mama nikah tapi apakah daya tu hidup Mama. Lepas sahaja berkahwin, jeng jeng… Samad sebenarnya panas baran, kaki pukul dan kaki minum. Teruk Mama kena. Muka lebam, dinding rumah berlubang ditumbuk oleh si Samad.

Mama sakit hingga susah nak makan. Badan pun sakit-sakit kena dengan si Samad. Mama sampai menghidap anxiety disebabkan salah sikit terus ditengking. Akak pun benci sangat keadaan ketika itu, Samad nak kami anggap dia sebagai bapa kandung.

Kalau tulis bapa tiri kat surat sekolah terus mama ditengking. Akak pun turut dimarah oleh si Samad. Samad dengan Mama ada anak seorang (lelaki). Tapi A-Z mama yang uruskan. Tak pernah Samad tolong, akak la yang selalu kena jaga adik (Wan).

Pernah Samad marah Wan ketika umur 2 tahun ditengking dan digigit sehingga Wan tu trauma dengan bapanya sendiri. Kalau panas baran tu, memang tak lari la anak kecil pun kena. Setelah 12 tahun melayari bahtera rumah tangga yang tragik.

Maka bercerai la mereka. Tapi bercerai bukan sebabkan baran dan kaki pukul si Samad tapi kecurangan suami tercinta Mama. Tahap kritikal juga Samad curang sehingga bersama dengan perempuan tu ketika mabuk. Ini pengakuan Samad semasa prosess penceraian.

Mama ambil masa 4 5 tahun untuk move on betul-betul dengan Samad. Rupanya masih sayang walaupun teruk kena dengan Samad. Ya la, tiada sesen pun duit Samad tinggalkan dekat mama. Tapi Alhamduillah, dia ada tinggalkan rumah sebiji untuk anaknya.

Walaupun Mama tak boleh move on dengan si Samad tu, belum pun keluar surat cerai dan masih dalam proses mahkamah Mama dah sibuk berchat call dengan new boyfriend ye (suami orang). Tepuk dahi. Dalam masa sama Mama hari-hari cakap menyesal bercerai dengan Samad, ye la Samad agak stable sebab bekerja frontliner.

Setelah surat cerai keluar, Mama terus bercinta seperti remaja telefon tak pernah lekang, nak bercakap dengan Mama waktu tu pun susah. Dating sana sini. Waktu malam pukul 12am pun suami orang tu datang ke rumah ya.

Akak menangis dengan perangai Mama akak, belum habis Eddah tapi daa sibuk keluar dengan lelaki. Mama akak seperti dipukau, suami orang tu minta duit terus dibank in. Mama akak masa tu lagi berani dating dalam rumah yang si Samad tinggalkan. Ya Allah.

Dating berduaan dan Mama balik 1 pagi. Tapi alhamdullillah, Allah makbulkan doa akak agar mereka tidak berjodoh. Mama akak sampai dibenci oleh adik beradiknya disebabkan bercinta dengan suami orang. Siapa je tak benci.

Ada seorang lagi duda anak 3, Mama akak bercinta tapi yang tu pun tidak berjodoh sebab lelaki tu kereta pun tak da. So, rejected la. Jadi, ni climax. Mama bercinta dengan duda anak 4. Dekat setahun macam tu, tapi akak tak pernah jumpa la. Tengok gambar kat HP Mama je.

Dalam setahun tu, Mama kemaruk sangat bercinta. Video call hari-hari dengan duda tu, kalau akak keluar berjalan mama akak bawa lelaki tu kat rumah. Tapi yang ni ok sikit sebab ramai-ramai kat rumah. Yang penting bukan semasa keberadaan akak kat rumah.

Mereka bercinta dalam 2021-2022 dan tahun ni mereka nikah. Sampai sekarang akak tak jumpa lagi suami baru Mama tu. Masa nikah pun akak takda disebabkan kerja jauh, jadi Mama teruskan nikah je. Tapi akak ingat lepas Mama nikah hubungan anak-anak akan lebih baik. Malah sebaliknya.

Akak betul-betul down. Dengan kerja jauh lagi, bila nak call tak jawab, bila whatapps tak reply. Masa solat akak selalu menangis sebab rindu dengan Mama tapi apa yang akak rasa sekarang ni akak kehilangan sosok seorang ibu.

Nak refill energy dengar suara Mama tapi semua tu tinggal kenangan lepas mama nikah lagi. Bila balik hari tu, tapi suami baru balik awal so, Mama tinggal 2 hari kat rumah kami. Bila berjalan dengan Mama, mesti Mama ingat anak-anak tirinya terlebih dahulu dari akak dan adik beradik.

Dibelikan keperluan diri dan barang-barang lain untuk anak-anak tirinya. Akak hanya melihat tanpa komen apabila Mama nak beli barang untuk anak tirinya. Akak tengok Wan pun tidak dipedulikan oleh Mama. Duit belanja sekolah pun kadang-kadang diberi kadang-kadang tiada langsung.

Nasib Wan tinggal dengan akak. Disebabkan mama akak sentisa kemaruk bercinta akak pindahkan Wan bersekolah berdekatan dengan rumah akak. Bila anak tiri mama nak daftar ke sekolah, mama bercerita bagi duit sekian sekian.

Pencapaian anak tirinya sentiasa jadi bualan mama. Adakah akak jealous? Akak ke yang terlalu sensitive? Maaf korang, panjang sangat. Tapi jangan komen NEGATIVE. Sila komen yang murni-murni je bila baca. Akak down sangat.

Akak sedih. Korang doakan akak terus kuat ye. Mudah-mudahan dosa mama diampunkan oleh Allah swt. Aaminnn.. Yang tengah down, – Siti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Juegos : Akak dah ada keluarga sendiri, move on la ok, paham nak kasih sayang tu, tapi nak buat macam mana, orang tu taknak bagi, cipta bahagia sendiri ya kak, mana yang buruk tinggalkan, ambik yang baik-baik saja, contohnya walaupun laki kaki pukul, mak tetap setia.

Yang curang-curang tu tutup rapat diam-diam sudah.. layan anak akak. *Kalau ada, dengan kasih sayang yang akak tak pernah rasa tu.. kalau belum punya anak.. layan suami leklok.. InsyaAllah kalau kita buat baik.. baikla juga yang kita dapat.. semoga mak akak bertaubat dan ingat balik ke anak-anak dia.. aamiin

Ain Fathihah Fhm : Baca pun serabut. Dari muda sampai tua tak sudah-sudah perangai berjantan. Nak kata lebih-lebih, itu mak. Menyampah, tapi sayang tetap ada. Dah tu mak kita kan. Akak jauhkan diri saja la. Move on.

Tak perlu mengemis kasih sayang dari mak tu. Masa akak kecik pun dia tak heran dengan anak, takkan la anak dah besar tiba-tiba dia nak bela-belai sayang-sayang anak pulak. Semoga akak bahagia.

BACA: Gara-gara tuan rumah hilang tanpa dikesan, individu ini mahu jual rumah yang disewanya