Belum ada jutawan sanggup beli, rumah Aurora paling mahal di dunia dijual RM2.2 billion.Terletak di atas bukit di tengah-tengah kota Rom, Villa Aurora dari abad ke-16 tersenarai sebagai rumah termahal di dunia.
Dibina di atas tanah dengan keluasan rumah lebih 27,000 meter persegi, vila yang berada di bandar elit Via Veneto ini terletak berdekatan dengan lokasi hotel-hotel terbaik di Rome, dan berdekatan dengan Piazza di Spagna yang ikonik (Square of Spain).
Menurut Oddity Central, kediaman yang diberi nama Villa Aurora itu kekal di tangga teratas selepas dilelong dengan harga 471 juta euro (RM2.2 bilion) pada Januari lepas.
Namun kerana harga hartanah ini dikatakan begitu mahal walaupun selepas dilelong, tidak seorang pun tertarik untuk membelinya bahkan jutawan juga tidak mampu membelinya.
Pemiliknya, Puteri Rita Boncompagni Ludovisi berkata, beliau berdepan masalah pembahagian harta dan mahkamah Itali telah memutuskan bahawa rumah tersebut harus dijual dalam sesi lelongan.
Bagaimanapun, harga yang ditetapkan untuk hartanah itu terlalu tinggi sehinggakan tiada sesiapa yang berminat untuk membelinya.
“Anda perlu menjadi seorang jutawan yang sangat kaya dan sanggup membelanjakan tambahan puluhan ribu pound lagi untuk membaiki masalah kebocoran pada beberapa kawasan di kediaman ini,” kata Puteri Rita.
Puteri Rita dilaporkan meminta kerajaan Itali untuk membeli vila itu dan memeliharanya, menyaksikan lebih 40,000 individu menandatangani petisyen menyokong hasrat itu.
Walaupun dijual dengan harga diskaun, Villa Aurora dilaporkan berkemungkinan mengganggu bajet Kementerian Kebudayaan Itali, menyebabkan kediaman itu masih kekal di pasaran sehingga kini.
BACA JUGA:
‘Try hard sangat Mas Idayu tunjuk mesra dengan suami depan kamera’ – netizen
Gagal bayar ansuran kereta mewah, Man Kidal disahkan muflis
“Rasa pedih..”, babak Emma Maembong kena ‘ratah’ suami masa berpantang jadi kecoh!