Bella ni comel, Saya tak tahu pil apa dia makan

Oleh SURIANI HAMDAN

Hubungan akrab antara penyanyi dan pelakon Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Malah, ramai yang ‘merestui’ sekiranya hubungan tersebut dibawa ke tahap yang lebih serius.

“Comel Bella dan YB Syed Saddiq”

Sejak kebelakangan ini, banyak kandungan di media sosial memaparkan kebersamaan Bella, atau nama penuhnya Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dengan Syed Saddiq Syed Abd Rahman Al-Sagoff, 32.

Keakraban mereka dikatakan terjalin menerusi kerjasama dalam kempen baju raya menjelang Aidilfitri tahun hadapan.

Bella ni comel, Saya tak tahu pil apa dia makan

Namun, perhatian netizen semakin memuncak apabila sebuah video di TikTok baru-baru ini memaparkan momen di mana Syed Saddiq memuji bekas isteri kepada penyanyi Singapura, Aliff Aziz, sebagai seorang wanita yang comel.

“Bella ni comel. Saya tak tahu pil apa dia makan,” kata Syed Saddiq berseloroh, sambil disambut dengan reaksi malu-malu dari Bella yang mendekati beliau selepas mendengar pujian itu.

@stylefashionpvYB suka sakat Bella 🫠Belakang Bella bukan main YB puji, depan depan malu pulak nak puji 🤭 maknanya apa gais 😝

♬ original sound – stylefashionpv


Netizen Sokong Hubungan Bella dan Syed Saddiq

Ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-rata mereka memuji keserasian yang jelas antara kedua-duanya dan menyuarakan harapan agar hubungan itu diteruskan ke alam perkahwinan.

Antara komen menarik yang ditinggalkan:

“Syed ni kalau kahwin dengan dia, masa depan cerah.”

“Saya lelaki, tapi saya dapat rasakan mereka berdua ni sesuai bersama. Dia boleh bimbing Bella jadi isteri yang baik.”

“Kahwin je lah, geram pula aku.”

“Aku tengok tapi aku pula yang blushing.”

“Comel dua-dua orang tengah bercinta.”

“Nikah je lah, kami sokong!”

Keakraban mereka yang terlihat semula jadi ini terus mencetuskan spekulasi dan harapan ramai agar hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.

BACA: Dari makanan petani ke makanan kebangsaan, ini asal usul sebenar Nasi Lemak

Leave a Comment