Sebuah pulau yang kaya dengan sejarah ketenteraan yang terletak di luar pantai Devon, England,
Kini diiklankan untuk dijual dengan harga yang belum ditetapkan, lapor saluran berita Sky News kelmarin.
Dikenali sebagai Pulau Drake, hartanah seluas 2.4 hektar ini dilengkapi dengan pantai persendirian
Kubu pertahanan, dan kelulusan untuk membina hotel mewah.
Pulau Drake pernah berfungsi sebagai kubu pertahanan selama beratus-ratus tahun, dan meriam-meriam dari abad ke-18 masih berada dalam keadaan yang baik.
“Ia mempunyai sejarah lebih dari 2,000 tahun. Bangunan pertama yang direkodkan adalah pada tahun 1135,” kata pemilik semasa Pulau Drake dan ahli perniagaan tempatan, Morgan Phillips.
Phillips juga menambah bahawa pemilik baharu mungkin tidak akan ‘bersendirian’ kerana terdapat 15 hantu tentera yang ‘mendiami’ pulau tersebut.
“Hantu-hantu ini adalah tentera British. Mereka berada di sini untuk melindungi kita. Itulah yang mereka lakukan semasa hidup dan masih dilakukan hingga ke hari ini,” ujarnya.
Harga jualan belum ditetapkan, tetapi kos pengubahsuaian Pulau Drake dianggarkan sekitar £25 juta (RM141.9 juta).
BACA: Ramai terkejut dengan keadaan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah