Beli baju raya menang Nissan GTR! Bulan Bintang belanja RM11 juta untuk pembeli bertuah

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Tahun ini, Bulan Bintang mengambil langkah lebih jauh dengan menawarkan hadiah istimewa kepada pembeli baju Melayu

Bulan Bintang yang bertuah – sekeping ‘Golden Ticket’ untuk memenangi sebuah Nissan GT-R!

Pengasas jenama, Azzim Zahid Azmi, 27, mengumumkan inisiatif tersebut sendiri,

Beli baju raya menang Nissan GTR! Bulan Bintang belanja RM11 juta untuk pembeli bertuah

bertekad untuk menjadikan tahun 2024 sebagai tahun untuk menghargai sokongan pelanggan yang setia selama sembilan tahun.

Azzim mendedahkan bahawa pada tahun lepas, sejumlah RM8 juta telah dilaburkan dalam pembinaan jenama, dan kini semua itu akan ‘dibalas’ kepada pembeli.

“Tahun ini, saya ingin membalas jasa kepada mereka yang telah setia menyokong kami. Kami telah melabur sebanyak RM11 juta, dan semuanya akan diberikan semula kepada pembeli.

“Pada tahun ini, kami telah menghabiskan RM6.2 juta dengan memberikan 150,000 samping percuma bagi setiap pembelian, atau mereka boleh memilih baju batik moden fit yang bernilai RM129 secara percuma. Untuk baju batik ini, kami telah mengeluarkan dana sebanyak RM1.6 juta.

“Setiap pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta, termasuk dua buah kereta Nissan GT-R, motosikal, iPhone, pakej umrah, dan percutian,” jelasnya kepada Utusan TV semasa sidang media Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Azzim telah memanggil beberapa pelanggan terpilih untuk menyemak stok baju Melayu Bulan Bintang, dengan jaminan bahawa kualiti kain dan jahitan bagi koleksi baju Melayu Bulan Bintang tahun ini adalah lebih baik daripada sebelumnya.

BACA: “Sebab kad parking expired, suami marah dan lempang saya, dia kurung saya dalam kereta 2 jam sebelum ada orang panggil bomba selamatkan saya”