Beli air secawan je, lepak sampai 5 jam – Netizen berang Mcd jadi Perpustakaan awam. Mcdonald memang jadi port lepak anak muda yang popular dalam negara. Baru-baru ini kecoh di kalangan netizen apabila Mcdonald Presint 2 di Putrajaya jadi port pelajar siapkan tugasan sekolah.
Menurut pengguna Facebook yang meluahkan rasa tidak senang hati dengan lambakan pelajar yang berkunjung ke restoran tersebut bukan nak makan tapi nak jadikan tempat tersebut ‘perpustakaan awam’ tempat siapkan kerja sekolah.
Menurut beliau lagi terdapat pelajar beli air secawan je tapi lepak buat kerja sekolah sampai 5 jam.
Beli air secawan je, lepak sampai 5 jam – Netizen berang Mcd jadi ‘Perpustakaan awam’
Perkongsian yand dibuat individu tersebut telah meraih berbagai respon di kalangan pengguna media sosial yang memaklumkan kejadian tersebut turut terjadi di beberapa cawangan Mcdonald yang lain termasuk Shah Alam.
Terdapat juga netizen yang mempertahankan tindakan pelajar tersebut kerana pelajar ini juga punyai hak kerana menjadi pelanggan Mcdonald. Sebab Mcdonald sediakan kemudahan dan dilengkapi wifi percuma menyebabkan Mcdonald sebagai tempat pilihan untuk siapkan kerja sekolah.
BACA:
Puteri Sarah bidas Dusuki Rani menyibuk hal rumah tangga, “apa kata ustaz call Syamsul..”
Puteri Sarah kini di Mahkamah Syariah KL, nekad teruskan niat bercerai