Belalang goreng yang mempunyai rasa seakan-akan rasa seperti udang mungkin terdengar seperti sesuatu yang luar biasa atau menghairankan bagi sesetengah orang.
Tapi tiba-tiba, saya mula tertanya-tanya bagaimana rasanya memakan belalang ini.
Mungkin rangup, manis, atau masin?
Tak lama kemudian, saya teringat pada ayah saya. Ayah saya berasal dari Kelantan, sebuah tempat kampung.
Kadang-kadang, apabila musim banjir di rumah arwah atuk saya di Selatan Thailand, ayah saya dan pakcik-pakcik saya biasanya mengumpulkan belalang yang terapung untuk dimasak.
Ayah saya selalu berkata bahawa kepala dan kaki belalang itu akan dicabut bersama organ-organ lainnya. Kemudian, belalang tersebut akan dibersihkan dan dimasak dengan kunyit.
“Raso guano papa”
“Supo ude gak”
Dan ini membuat saya terfikir lagi. Mengapa rasanya seperti udang? Mengapa tidak rasanya seperti ayam atau sotong?
Ini boleh dijelaskan jika kita merujuk kepada pengelasan taksonomi haiwan.
Seperti kita manusia, kita tergolong dalam filum kordata, yang merangkumi haiwan bertulang belakang.
Sebagai perbandingan, untuk belalang, mereka tergolong dalam filum artropoda.
Beberapa contoh haiwan yang termasuk dalam kumpulan artropoda ialah belalang, lebah, semut, dan udang.
Secara mudahnya, haiwan-haiwan ini mempunyai tulang luar yang keras berbeza dengan kita yang memiliki tulang di dalam badan.
Oleh itu, tidak menghairankan bahawa belalang dan udang mempunyai persamaan kerana sistem biologi mereka hampir sama.
Baca:3 bulan beroperasi, rahsia ‘pintu pejabat’ akhirnya terbongkar bila diserbu Polis