Bekas Presiden AS Donald Trump ditangkap, rupanya ini kesalahan yang dia buat

Oleh MHDAILY

Bekas Presiden AS Donald Trump ditangkap, rupanya ini kesalahan yang dia buat. Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS),

Donald Trump berkata, beliau menjangkakan dirinya ditangkap pada Selasa ini dan menggesa penyokongnya untuk melancarkan protes besar-besaran.

Lapor BBC, bagaimanapun, peguamnya berkata, tiada komunikasi daripada penguat kuasa undang-undang berhubung perkara itu dan pengakuan Trump itu sebenarnya hanya berdasarkan laporan media.

Bekas Presiden AS Donald Trump ditangkap, rupanya ini kesalahan yang dia buat

Pendakwa raya juga dikatakan akan melihat kembali kemungkinan dakwaan Trump berkenaan.

Jika Trump didakwa, ia akan menjadi kes jenayah pertama yang pernah dibawa ke atas bekas Presiden AS.

Kesalahan Trump berhubung dakwaan wang yang dibayar bagi pihak Trump oleh peguamnya kepada bintang lucah, Stormy Daniels sebelum Pilihan Raya Presiden 2016.

Itu merupakan satu daripada beberapa kes di mana lelaki berusia 76 tahun itu kini disiasat walaupun dia menafikan salah laku berkenaan.

Trump bagaimanapun berjanji untuk meneruskan kempennya untuk menjadi calon Republikan dalam Pilihan Raya Presiden 2024, walaupun dia didakwa.

Beliau sebelum ini dilaporkan disiasat dalam dua kes iaitu penyiasatan Russia dan serbuan Mar-a-Lago.

Malah, belum diketahui sama ada Trump akan didakwa secara jenayah minggu ini atau tidak.

Trump dikatakan mempunyai pangkalan pengikut setia dan serangan 6 Januari 2021 ke atas Capitol AS oleh penyokongnya berikutan gesaannya, membuktikan bahawa situasi boleh meningkat menjadi keganasan.

Sabtu lalu, Trump menulis dalam laman rangkaian sosialnya, Truth Social bahawa kebocoran haram dari pejabat peguam daerah Manhattan menunjukkan bahawa dia akan ditangkap pada Selasa ini.

BACA:

“Jatuh cinta ketika cikgu sedang mengajar”, pelajar ini nekad kahwini cikgu sekolah sendiri

Rezeki Ramadan, wanita temui barangan kemas bernilai RM70,000 dalam timbunan sampah rupa-rupanya ini ceritanya