Bekas PM Jepun, Shinzo Abe mati ditembak. Bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika berucap di bandar raya Nara, barat Jepun pada Jumaat, lapor Bernama yang memetik Agensi Berita Xinhua.
Dalam pada itu, AFP yang memetik NHK dan Agensi Berita Kyodo menyatakan, ketika kejadian, Abe menyampaikan ucapan menjelang pilihan raya.
Abe, 67, kemudian dilaporkan rebah dan darah kelihatan dari lehernya, kata sumber Parti Demokratik Liberal (NDP) kepada Agensi Berita Jiji.
Namun, tiada jurucakap dari NDP atau Kyodo dapat mengesahkan kejadian itu.
Menurut NHK dan Agensi Berita Kyodo, Abe dikejarkan ke hospital dan tidak menunjukkan tanda-tanda terselamat.
Sementara itu, beberapa media melaporkan bahawa tembakan itu dilepaskan dari arah belakang dan mungkin dilepaskan dari pistol.
NHK melaporkan susulan kejadian, seorang lelaki ditahan, namun tiada butiran lanjut berhubung kejadian setakat ini.
Abe adalah perdana menteri Jepun yang berkhidmat paling lama, iaitu setahun pada 2006 dan sekali lagi antara 2012 dan 2020.
BACA LAGI :
Misteri diberi nama ‘Selipar Jepun’ akhirnya terbongkar
Petua orang Jepun nak bagi anak-anak seronok ke Sekolah
Jepun dikejutkan puluhan kapal perang dunia kedua tiba-tiba timbul di perairannya