Bekas kakitangan sekolah dipenjara, nilai kerugian hampir RM7 juta gara – gara curi kepak ayam

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, begitulah peribahasa yang sesuai dituju kepada kaki tangan sebuah sekolah di Amerika Syarikat selepas kantoi mencuri.

Bukan sedikit malah wanita itu dilaporkan mencuri kepak ayam selepas dua tahun dengan nilai AS$1.5 juta (kira-kira RM6.7 juta).

Menurut The Straits Times, Vera Liddell dikatakan bekerja sebagai pengarah perkhidmatan makanan untuk sebuah sekolah di Chicago.

Liddell yang berusia 68 tahun itu didakwa mencuri kepak ayam itu sejak Julai 2020 hingga Februari 2022.

Ketika kemuncak Covid-19 sekitar Ogos hingga November 2021, pendakwa raya memaklumkan, Liddell memesan lebih 11,000 kepak ayam daripada pembekal makanan sekolah.

Bekas kakitangan sekolah dipenjara, nilai kerugian hampir RM7 juta gara - gara curi kepak ayam

Malah menurut New York Post, Liddell membuat pesanan tersebut di dalam van sahaja.

Makanan tersebut adalah sebahagian daripada skim makanan bawa pulang untuk pelajar di daerah itu yang mengikuti pembelajaran jarak jauh ketika pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pendakwa raya berkata, makanan itu tidak sampai ke tangan pelajar malah dokumen mahkamah tidak menyatakan apa yang berlaku kepada makanan berkenaan.

Kecurian itu digambarkan dalam dokumen mahkamah sebagai penipuan besar-besaran dan hanya terbongkar tahun lalu ketika audit pertengahan tahun.

Pendakwa raya berkata, pengurus perniagaan untuk daerah itu mendapati kos perkhidmatan makanan tahunan adalah AS$300,000 (kira-kira RM1.3 juta).

Ia dikatakan melebihi bajet makanan tahunan sedangkan hanya separuh tahun sesi persekolahan dijalankan ketika itu.

Penyiar ABC News melaporkan pengurus perniagaan mengesyaki ada yang tidak apabila Liddell membuat pesanan kepak ayam,

Kerana bahagian ayam tersebut mempunyai tulang dan makanan itu tidak akan dihidangkan kepada pelajar.

Baca juga: ‘Diorang susah tinggalkan Palestin, Al-Aqsa kat situ bukan masjid jamek’ Izara Aishah sekolahkan individu perlekeh usaha kerajaan