Bekas CEO dedah cara kerajaan PH selamatkan Tabung Haji. Pelaburan sebeginikah yang perlu dipertahankan?
Di dalam dunia pelaburan, tidak semua pelaburan akan memberikan keuntungan. Ini sudah menjadi adat. Inilah sebabkan proses sebelum keputusan pelaburan dibuat adalah penting kerana kesan ke atas nilai pelaburan berkenaan boleh menyebabkan modal yang digunakan hangus.
Saham TH Heavy Engineering (THHE) sudah dinyah senaraikan dari Bursa Malaysia pada minggu lepas. 64.45% saham THHE dimiliki oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan khusus untuk menyelamatkan kedudukan kewangan Tabung Haji di dalam tahun 2018.
Saham THHE adalah di antara saham yang dipindahkan kepada UJSB bagi menutup kekurangan aset Tabung Haji berbanding dengan liabilitinya yang berjumlah hampir RM 10 bilion dan membolehkan Tabung Haji terus membayar hibah kepada pendepositnya walaupun hanya pada kadar 1.25% sahaja.
UJSB mengambil alih saham biasa dan keutamaan THHE pada nilai RM 695.75 juta berbanding dengan nilai pasaran mereka yang hanya bernilai RM 26.48 juta. Ini menyelamatkan Tabung Haji dari kerugian berjumlah RM 669.27 juta.
Mengikut laporan yang disertakan di sini, THHE mengalami kerugian berterusan selama 9 tahun bermula dari tahun 2014 lagi. Kerugian terbesar di dalam tempoh ini ialah di dalam tahun 2016 sebanyak RM 365.84 juta.
Satu lagi laporan yang diterbitkan pada Oktober 2016, Tabung Haji mula mengalami kerugian atas kertas berkaitan dengan pelaburan di dalam THHE ini (ketika itu dikenali dengan Ramunia) sebanyak RM 175 juta apabila MISC tidak jadi untuk membeli saham-saham Ramunia selepas menilai laporan ketekunan wajar (due diligence) di dalam tahun 2008.
Rujukan: https://www.theedgemarkets.com/…/tabung-haji%E2%80%99s…
Di akhir tahun 2021, masalah yang dihadapi oleh THHE sudah digambarkan dengan agak terperinci https://www.theedgemarkets.com/…/end-road-th-heavy…
Sekiranya anda membaca laporan ini, banyak lagi pelaburan-pelaburan Tabung Haji di dalam sektor minyak dan gas yang menghadapi masalah.
Perpindahan aset dari Tabung Haji kepada UJSB di dalam tahun 2018 dikecam hebat oleh sesetengah pihak kerana kononnya Tabung Haji menjual harta orang Islam. Sebagai sebuah institusi yang melaburkan deposit yang dikutip dari bakal-bajal Haji, Tabung Haji bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pendeposit.
Oleh itu, aset-aset seperti THHE ini perlu dijual dan digantikan dengan aset-aset yang lebih berdayamaju. Memindahkannya kepada UJSB pada nilai pelaburan asal Tabung Haji telah membantu untuk menjadikan nilai aset Tabung Haji melebihi liabilitinya seperti yang disyaratkan oleh Akta Tabung Haji sebelum Tabung Haji boleh mengagihkan apa-apa keuntungan kepada pendeposit.
Di dalam pelaburan, mengimbangkan semula aset (asset rebalancing) dengan menjual mana yang sudah pudar potensinya dan membeli aset yang lebih cerah potensinya adalah perkara biasa.
Inilah sebabnya apabila komponen indeks mana-mana pasaran saham disusun semula, institusi-institusi pelaburan juga akan menyusun potfolio pelaburan masing-masing agar prestasi pelaburan mereka boleh dibandingkan dengan pencapian pasaran saham yang diceburi.
Macamana nak susun semula? Jual yang lama dan beli yang baharu. Jika stok di dalam kedai runcit pun boleh dijual beli, mengapa institusi seperti Tabung Haji tidak boleh diuruskan seperti mana institusi-institusi pelaburan lain secara profesional?
Bukankah menjaga harta itu adalah salah satu dari Maqasid Shariah dan tidak mengurusnya secara profesional tentunya melanggar objektif tinggi shariah yang kita sama-sama dokong itu.
Kepercayaan bahawa aset dibeli untuk ditayang-tayangkan walaupun keuntungannya tidak seperti yang disasarkan adalah satu kekeliruan yang sengaja disebarkan, lebih-lebih lagi oleh orang-orang yang tak pernah pun berpengalaman berjual di kedai runcit mahu pun kedai kopi.
Sumber :
BACA:
Faizal AF4 kini jual penapis air tepi jalan
Ucapan MP Australia dalam bahasa melayu raih perhatian
Jaga bayi luar nikah kawan sendiri punya pasal, wanita ini dipenjara