Bekas banduan buka cerita pengalaman satu sel dengan Anwar dahulu

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Nama Anwar Ibrahim tidak asing lagi di bibir rakyat Malaysia.

Bukan sahaja tanah air, sejak dahulu lagi Anwar Ibrahim telah mencipta namanya di peringkat antarabangsa.

Pernah mendapat gelaran Menteri Kewangan terbaik dunia, kini sekali lagi Anwar Ibrahim menjawat jawatan tersebut, bahkan turut menjawat jawatan nombor satu dalam kerajaan.

Perjalanan beliau untuk berada di kedudukan sekarang bukan mudah.

Pelbagai onak duri dilalui oleh insan bernama Anwar ini.

Bekas banduan buka cerita pengalaman satu sel dengan Anwar dahulu

Dipenjara, ditumbuk, diherdik. Sebutlah apa sahaja semua pernah dirasai oleh Anwar.

Semasa di penjara, tidak ramai yang tahu apa yang berlaku di dalamnya kecuali warden dan banduan sendiri.

Memetik dari suara keadilan, bekas banduan menceritakan sendiri pengalaman sedih Anwar di penjara.

Di sebalik tirai besi, tiada siapa menyangka, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim membuka lembaran baharu kepada penghuni-penghuni Penjara Sungai Buloh.

Sulaiman Ajik, 49 yang baru dibebaskan selepas dipenjara enam bulan hadir ke pejabat Suara Keadilan berkongsi cerita dan pengalamannya bersama Anwar.

“Kali pertama melihat Anwar di dalam sel waktu itu, saya cukup sayu dan sedih.

Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan-banduan lain,” kata Sulaiman menceritakan detik-detik awal ketika melihat sosok tubuh pemimpin berjiwa besar di hadapannya waktu itu.

Sulaiman berkata, masa Anwar banyak dihabiskan dengan mentelaah buku agama dan membaca Al Quran.

Malah Anwar juga mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas-petugas penjara serta menyampaikan tazkirah seusai solat.

“Beliau langsung tidak menyentuh isu politik, semua pengisian adalah berbentuk nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik dan berguna kepada manusia.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, para banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya seperti dlapor oleh Suara Keadilan.

Sulaiman dipenjarakan atas dakwaan memiliki barang curi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.

Menceritakan pengalamannya lebih lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara sangat menyeksakan bagi individu seusia Anwar.Apatah lagi, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menderita sakit belakang.

Mungkin selepas mendapat bantahan peguam, katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur. “Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas perbaringan.

Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang lain yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur..ujarnya sayu.

BACA: Kedegilan Indonesia membuahkan hasil, terima pelaburan Apple bernilai RM445 bilion