Bekalan ayam di Indonesia berlebihan pula, ‘terpaksa’ eksport ke Singapura

Oleh MHDAILY

Bekalan ayam di Indonesia berlebihan pula, ‘terpaksa’ eksport ke Singapura. Kerajaan Indonesia berharap dapat mencapai persetujuan dengan Singapura untuk mula mengeksport ayam ke republik itu dalam tempoh terdekat.

Langkah itu diambil selepas Malaysia mengehadkan eksport ayam ke Singapura bagi mengawal rangkaian bekalan bahan makanan tersebut.

Situasi itu memberi tekanan kepada para peniaga di republik ini, terutamanya mereka yang menguruskan kedai dan restoran makanan.

Pegawai kanan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Susiwijono Moegiarso berkata, pihak berkuasa negara itu sudah mengadakan perbincangan teknikal dengan Singapura dan menzahirkan harapan eksport ayam dapat dilakukan pada bulan ini.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya bekerjasama dengan Indonesia bagi mengiktiraf negara itu sebagai sumber berpotensi dalam eksport ayam mentah.

Bekalan ayam di Indonesia berlebihan pula, 'terpaksa' eksport ke Singapura

Indonesia menghasilkan 55 hingga 60 juta ekor ayam setiap minggu dengan lebihan 15 hingga 20 peratus selepas edaran kepada pengguna.

Mengeksport ayam ke Singapura yang dianggarkan sebanyak 3.6 hingga empat juta ekor setiap bulan dijangka dapat mengurangkan lebihan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Daging Ternakan Indonesia, Achmad Dawami berkata, diharap dalam tempoh dua minggu akan datang, Indonesia dapat mengeksport bekalan ayam ke Singapura.

“Kami berharap Singapura dapat membuat keputusan segera supaya kami tidak kehilangan momentum dalam pengeluaran bekalan ayam,” ujarnya.

BACA:

Syamsul Yusof jawab dakwaan dah bertunang dengan Ira Kazar

Rina dakwa lelaki susah luah perasaan bila keseorangan

Leave a Comment