Begini kehidupan terkini Farid Kamil setelah bercerai dengan Diana Danielle buat ramai teperanjat
Pelakon Farid Kamil mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi momen menyertai kumpulan jemaah tabligh.
Selepas rumah tangga yang dibina selama 11 tahun bersama isteri, Diana Danielle berakhir semalam.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Farid dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 42 tahun itu dilihat sedang ‘bersuluk’ sambil disaksikan beberapa jemaah lain.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan kamu semua bahagia di dunia dan akhirat. “Kita boleh merancang, kita boleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa (Allah),” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari sedang dipakaikan serban oleh seorang ustaz yang dipercayai sebahagian daripada proses bersuluk.
Ketika kain serban itu dililitkan di kepalanya, kelihatan bapa kepada dua orang cahaya mata itu tersenyum gembira sambil disaksikan beberapa jemaah lain yang dilakukan di sebuah masjid.
Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan agar Farid sentiasa istikamah dan tenang berdepan dengan ujian yang menimpanya.
BACA: Ini rupanya rahsia nasi lemak sedap, letak bahan ni masa kisar bawang