Bayi masih bertali pusat dijumpai atas lantai kedai jual ayam di Terengganu

Oleh MHDAILY

Bayi masih bertali pusat dijumpai atas lantai kedai jual ayam di Terengganu

Baru-baru ini muncul satu berita mengenai penemuan seorang bayi yang cukup sifat di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di Chukai, Terengganu.

Bayi masih bertali pusat itu telah dijumpai oleh pemilik kedai dan dipercayai telah dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari.

Bayi masih bertali pusat dijumpai atas lantai kedai jual ayam di Terengganu

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan memaklumkan bayi itu dijumpai sebaik sahaja pemilik kedai itu mahu memulakan perniagaan.

Bayi tersebut dianggarkan 3.2 kilogram dan telah dibawa ke Hospital Kemaman bagi pemeriksaan lanjut.

Bayi berada dalam keadaan sihat dan kita sedang giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit.

Dalam pada masa yang sama, pihak polis sedang giat mencari suspek termasuk menghubungi klinik-klinik awam dan swasta bagi mendapat informasi pesakit yang baharu melahirkan bayi.

Hanyan juga menambah bahawa kes bakal disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

BACA:

Siapa sangka dengan simkad pun boleh buat duit tepi, ini rahsianya ramai tak tahu

“Aku pun antara yakin dengan tak, aku bagi mak duit. Itulah duit terakhir dalam tangan. Aku tawakal masa tu. Ada juga suara jahat kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung”