Bayaran i-SINAR KWSP bermula januari tahun depan

Bayaran i-SINAR KWSP bermula januari tahun depan

Keputusan kerajaan memperluaskan pengeluaran program i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 ternyata melegakan ramai.

Menerusi kenyataan terbaharu, dimaklumkan bahawa ahli yang memenuhi kriteria boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

Pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 pada Khamis.

“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji, ” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan program i-Sinar diperluaskan dan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1.

Sebelum ini diumumkan, ahli boleh membuat pengeluaran sehingga RM60,000 sekiranya mempunyai baki simpanan lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1.- BERNAMA

Berita penuh : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/11/27/kwsp-umum-permohonan-i-sinar-bermula-disember-bayaran-dibuat-sebulan-kemudian

COMMENTS