Bayaran BKM Fasa 3: Semak tarikh dan jumlah disini. Memandangkan sudah memasuki bulan September 2022, ramai yang bertanya bilakah tarikh dan berapa jumlah pembayaran bagi fasa 3 BKM.
Untuk makluman, pembayaran bagi fasa 3 adalah berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
Apa yang menariknya, ada kategori yang bakal menerima bayaran sehingga RM900.
Berikut adalah dikongsikan tarikh dan jumlah bayaran BKM fasa 3.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 3
Mengikut jadual yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, pembayaran fasa 3 Bantuan Keluarga Malaysia akan dibuat pada bulan September 2022.
Tarikh sebenar pembayaran akan diumumkan oleh Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
Jika diikutkan melalui Fasa 1 dan Fasa 2 BKM sebelum ini, pembayaran dibuat pada penghujung bulan.
Oleh yang demikian, jangkaan bayaran fasa 3 BKM bagi semua kategori akan dibuat pada penghujung bulan juga.
Jangkaan tarikh bayaran adalah bermula 26 September 2022 (Isnin) yang akan dibuat secara berperingkat.
Pun begitu, pengumuman tarikh sebenar akan dibuat secara rasmi oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan melalui pengumuman rasmi oleh Kerajaan.
Semakan Kelulusan BKM
Anda boleh membuat semakan kelulusan BKM melalui laman portal My BKM iaitu;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran bagi fasa 3 sedikit berbeza berbanding sebelum ini.
Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.
Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;
i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
0 anak – RM200
1-2 anak – RM300
3 anak & ke atas – RM400
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
0 anak – RM100
1-2 anak – RM100
3 anak & ke atas – RM100
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
0 anak – RM500
1-2 anak – RM600
3 anak & ke atas – RM700
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
0 anak – RM400
1-2 anak – RM400
3 anak & ke atas – RM400
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
1-2 anak – RM800
3 anak & ke atas – RM900
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
1-2 anak – RM600
3 anak & ke atas – RM600
iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM0-RM2500
RM150
v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM0-RM5000
RM150
Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;
Cara Bayaran
Kaedah pembayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah seperti berikut:
Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
Pembayaran Fasa 3 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.
Penerima BKM layak menerima MySalam
Untuk makluman, penerima BKM sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah Skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
Elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga maksimum 14 hari atau RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Penerima BKM Layak Skim Khairat Kematian
AMAUN
RM1,000 bagi setiap individu yang layak
KELAYAKAN
- Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
- Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja layak membuat tuntutan SKK
- Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja
CARA TUNTUTAN
Tuntutan boleh dibuat sepanjang tahun 2022 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
- Kad pengenalan asal waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)
Info dan Pertanyaan Mengenai BKM
- Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel: [email protected]
- Alamat : Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592Putrajaya.
BACA:
Cuti sekolah dah tiba, ini 8 tips bercuti di Genting Skyworld yang ramai tak tahu