Bayar RM20 dapat sup perut ‘pakej’ dengan tahi, “saya ingat lemak..”

Oleh MHDAILY

Bayar RM20 dapat sup perut ‘pakej’ dengan tahi, “saya ingat lemak..” Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai dalam mencari makanan yang enak khususnya makanan ‘rare’. Perkara ini dikuatkan lagi sekiranya didapati sesebuah restoran ini disebut oleh orang ramai berikutan masakannya yang enak.

Dalam pada itu, lain jadinya pada kali ini menerusi sebuah perkongsian yang tular di Twitter Malaysia Most Virall di mana terdapat sebuah restoran yang menawarkan hidangan sup perut yang kurang bersih.

Berdasarkan perkongsian, difahamkan pelanggan ini telah memesan sup perut namun apa yang beliau dapati sewaktu mahu menjamah makanan tersebut adalah terdapatnya tahi pada bahagian perut.

Beliau kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak peniaga namun apa yang membuat beliau kecewa adalah respon peniaga berkenaan yang memaklumkan sup perut berkenaan bukanlah dipenuhi tahi sebaliknya hanyalah sekadar lemak.

Perkongsian pelanggan yang menerima sup perut beserta tahi ini nyata membuatkan para netizen berasa geli. Malah terdapat netizen yang memaklumkan sebolehnya mengelakkan diri daripada memakan organ dalaman haiwan agar situasi seperti ini dapat dielakkan.

Bayar RM20 dapat sup perut 'pakej' dengan tahi, "saya ingat lemak.."

Diharapkan agar isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan pelanggan kecewa, malah mampu mengundang kepada masalah kesihatan pelanggan dan juga masalah kepada bisnes peniaga berkenaan.

https://twitter.c om/fatnhdyh/status/1531108438981234688?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1531108438981234688%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fdidakwa-hanya-sekadar-lemak-pelanggan-kecewa-bayar-rm20-untuk-sup-perut-beserta-tahi%2F

BACA:

Harga keperluan naik 60 peratus jika tukaran ringgit capai RM5.50 bagi AS$1

Permohonan jawatan kosong di Jabatan Akauntan Negara

Pemilihan PKR : Semua selebriti kecundang

Leave a Comment