“Bayangkanlah anak dulu yang comel, berjalan, berlari dan membesar dalam keadaan yang baik bole berubah jadi anak tak normal”

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Assalamualaikum semua. Melihat kek3jaman buIi terhadap penuntut UPNM, Zulfarhan Osman sehingga mer4gut nyawa

Beberapa tahun yang lepas membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi kisah adik aku sendiri, yang aku namakan A.

A merupakan adik aku yang kelima. Dia seorang yang pemalu, sopan, ceria, rajin belajar dan merupakan antara pelajar pintar di dalam kelas.

"Bayangkanlah anak dulu yang comel, berjalan, berlari dan membesar dalam keadaan yang baik bole berubah jadi anak tak normal"

Aku kira adik aku seorang ini harapan ibu ayah aku juga. Namun saban hari, tingkah laku adik aku sem4kin berubah.

Perubahan ini aku hanya sedari apabila aku pulang ke rumah bercuti dari belajar. A mula tidak boleh fokus dalam pelajaran. Yang membuat aku mula rasa macam ada sesuatu yang tak kena, apabila aku melihat A memegang pensil dan merenung buku di meja study untuk beberapa jam lama nya.

Aku tak pernah lihat A sebegitu. Lalu aku approach dan tanya A, ’kenapa? Ada apa apa yang terjadi ke? Ada masalah di sekolah tak? Ada masalah dengan kawan tak?’ Dia cuma tersenyum dan cakap tiada apa – apa. Aku bertanya lagi, ‘A, kat sekolah ada siapa – siapa buIi tak?’

Dan dia menjawab, ‘biasala tu kawan – kawan’. Aku tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Kata hati aku kuat mengatakan adik aku dibuIi kerana aku tahu, perwatakan nerd sebegitu pasti menjadi sas4ran budak – budak baru nak up di sekolah.

Aku mula mencari – cari buku nota atau diari A kerana seingat aku A suka menulis dan pencarian aku menemui hasil, tetapi maIangnya tiada sebarang hint atau clue aku temui. Namun, perkara pelik yang aku jumpa dalam diari tersebut adalah jadual A setiap hari.

A tulis kan secara spesific di dalam jadual waktu bila dia akan mandi, makan, buat air milo, gosok gigi, dan perkara – perkara kecil yang lain. Contoh pukuI 3pm mandi, 3.15pm gosok gigi, 4pm buat air milo dan lain – lain. Dan di dalam diari tu juga ada banyak kata – kata yang dia tulis untuk diri dia sendiri.

Antaranya, ’A kenapa kamu tidak boleh fokus. Fokus! jangan hampakan harapan ibu ayah.’ Aku terdiam, terduduk. Aku tertanya – tanya apakah yang menyebabkan A berubah seperti ini. Berkali – kali aku tanya A, ada masalah ke?

Kalau ada ceritalah. Tak semua benda boleh kita pendam sendiri, adakala kena berkongsi. Satu perwatakan terpuji pada si A ni, dia tak suka cakap buruk pasal orang. Aku syak, mungkin dia rasa dia b4dmouth kawan – kawan dia, sebab tu dia tak mahu cerita.

Tapi sikap suka memend4m dan tidak berkongsi inilah yang menj3rat diri A. Setiap kali aku bertanya, setiap kali itulah dia cuma tersenyum dan berkata tiada apa – apa lah. dia okay je. Silap aku juga, aku tidak siasat dan percaya sahaja pada A.

Aku fikir, dah A cakap tiada apa – apa masalah, jadi aku positif kan sahaja mungkin A str3ss sebab study. KIimaksnya, apabila satu malam lebih kurang pukuI 3 pagi, si A tiba – tiba sahaja meraung seperti kena pukuI. Dia meraung – raung sambil menutup mata tapi air matanya mengalir.

Kami bingung. Kami tanya kenapa menjerit? Tapi si A tidak jawab. Dan esoknya A tidak ubah seperti seorang bayi. dia tidak lagi boleh urus diri, lupa bagaimana untuk mandi, gosok gigi, pakai baju dan macam – macam lagi. Inilah ujian paling hebat terutamanya untuk ibu ayah aku.

Bayangkanlah anak dulu yang comel bertatih – tatih, berjalan, berlari dan membesar dalam keadaan yang baik boleh berubah menjadi anak yang tidak normal. Jadi ibu ayah buat keputvsan untuk ke sekolah A. Ibu aku bertanya dengan pelajar – pelajar di kelas A, dan alhamdulillah ada seorang pelajar sudi bercerita.

Dia mengatakan A memang jadi bahan buIi di kelas. A pernah ditumbvk, pensil A dipatah – patahkan, bukunya dibaIing – baIing, seluar A juga ditarik ke bawah sebagai bahan jenaka di kelas. Kami decide untuk buat police report namun dirayu oleh orang atasan pihak sekolah.

Katanya kasihanilah pelajar – pelajar ini, mereka mahu exam PT3. Ibu ayah aku juga manusia, pada mulanya mereka berkeras demi keadilan untuk A, namun kerana kasihan pada anak – anak ini, takut mengganggu pembelajaran mereka, ibu ayah aku buat keputvsan untuk lepaskan sahaja

Aku marah. Jujur aku katakan pembuIi – pembuIi ini sepatutnya dihukvm. Adik aku sudah tidak lagi normal, separuh giIa kerana binatang – binatang ini. Namun ibu aku memujuk, mereka masih muda, mereka harus diberikan peluang.

Ahh datang dari mana kekuatan ibu dan ayah aku, sungguh mulia hati mereka. Kalau ini terjadi kepada anak – anak aku, tidak mungkin aku mampu untuk memaafkan mereka. Kini, adik aku sudah tidak seperti dulu. Malam dia menjerit meraung itulah kami kehilangan A.

Hilang pergi bersama cerita dan kisah yang kami tidak akan pernah tahu apakah lagi pend3ritaan yang A pernah lalui. Doakan A sembuh seperti sediakala, manalah tahu dalam banyak – banyak doa kalian, ada yang dimakbulkan. Dan kerana buIi, aku hilang adik aku. – Starlight (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Atikah Mahadzir : Mesti teruk kena buIi tu kalau dah kesan jadi macam tu. Pujuk mak ayah untuk buat report polis. Kalau tak, sampai sudah nasib tak terbeIa dan pembuIian terus berleluasa. Kesian kat adik awak dan orang lain yang bakal dibuIi orang orang yang sama kelak. Apapun rujuklah adik awak ke psik0logist. Moga dia cepat sembuh seperti dulu.

Mashitah AlQhadri : Starlight, kalau kau sayang adik kau, better kau proceed report polis. Kalau aku laa kakak dia, memang kaw – kaw aku f1ght untuk adik aku. Aku f1ght 2 sebab. Bukan sebab tak redha apa yang dah terjadi.

Tapi sebab aku nak tindakan aku tu sebagai peringatan kat budak – budak pembuIi tu semua. Aku pun penah gak kena buIi. Tapi Walid aku tarik report sebab kesian dengan masa depan budak – budak tu. Walid aku just mintak polis nasihatkan.

Tapi budak – budak tu tetap gak kena g4ntung sekolah atas kesalahan dorang sebab kakak – kakak aku f1ght untuk aku. Itu yang aku bangga giIa. Terasa diri begitu berharga. Tapi itu cerita zaman sekolah laa. Sekarang aku jumpa, helok per4ngai.

Dah jadi mak orang pun. Katanya sejak kes zaman hingusan tu, dia dah tak berani nk buat kerja giIa. So kau kena amik tindakan gak untuk selamatkan g3ng – g3ng pembuIi yang lain ni. Sebab kepalanya 1 je. Lain – lain tu suku sakat yang mengikut.

Kadang – kadang budak nerd pun terpengaruh asalkan boleh bernaung bawah kuasa si kepala senget tu. Yang join buIi aku dulu pun kawan baik sendiri. Muka kemain nerd dari cerita Hey Arnold tu. Tolong la weh. Aku yang baca pun sebak gak tengok keadaan adik kau.

Kalau betul kau sayang, ini kalilah kau buktikan. Sekurang – kurangnya adik kau tu bangga sikit ada kakak yang pert4hankan hak dia. Nota kaki : Kepada m4ngsa – m4ngsa buIi, 1 jela cara halus untuk elakkan daripada dibuIi terus.

Kalau time tengah dibuIi tu, kau bagitau kat dorang yang kau ada s4ka nak menurun. Kau sebut jela saka digimon ke pokemon ke. Pastu ketar – ketarkan badan 2 – 3 kali. Haa mencanak laa dorang lari walaupun kau terketar – ketar tu sebab terkincit kat situ.

Tapi mulut tuu. Cakap la sepatah 2 kata untuk selamatkan diri. Janganlah berdiam diri. Aku bukan suruh guna mic pun. At least keluarkan sikit suara tu. Tolong laa

Chrislene Chloe Chundie : Adik saya m4ngsa buIi. Awalnya tengok dia takut – takut. Kalau kawan pergi rumah. Dia cepat – cepat keluar. Cakap menunduk. Aku perati lagi sampai satu rahsia dia keluar. Dia curi duit nenek aku, 700 sebab pembuIi mintak duit nak beli vape.

Tiap kali balik sekolah. Baju adik aku kotor. Aku check badan dia, Iebam. Aku tanya kenapa, dia cakap jatuh. Aku tak percaya. Aku tanya cikgu nya. Kami sefamily siasat betul – betul.

 

Lepas kami tahu dia kena buIi, aku pergi naik turun ppd, pindah sekolah 24 jam notis. Adik aku ada tr4uma. Tapi sekarang dia dah boleh ikut orang lain belajar cam normal.

Nurhaniza Mohamad : Tolong report. Kalau bukan sebab adik confessor tapi report demi keselamatan anak – anak orang lain. Manusia berhati binatang ni susah nak insaf dengan cara lembut.

Masa ni dia dah terlepas mungkin dia akan ulang dengan cara lebih teruk pada anak orang lain. Eiii rasa nak t4mpar sekor – sekor.

BACA: Akhirnya Bukit Aman beri respon kes Polis trafik minta RM100 dari pelancong