Bas langgar tiang plaza tol, 13 dilaporkan maut. Sebanyak 13 penumpang maut manakala 12 lagi cedera parah dalam kemalangan sebuah bas pelancong melanggar tiang Plaza Tol Surabaya
Menurut jurucakap Polis Daerah Jawa Timur, Dwi Sumrahadi, tragedi berkenaan berlaku di Kilometer 712+400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).
Memetik laporan portal berita Kompas, bas pesiaran yang dipandu Ade Firmansyah dilaporkan melanggar tiang papan tanda elektronik di plaza tol itu.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk proses kenal pasti identiti bagi yang meninggal dunia sementara mangsa yang cedera parah menerima rawatan.
BACA:
Nana akui doa bertemu jodoh depan Kaabah, akhirnya..
“Baju Melayu apa daif sangat nampak ni?” Koleksi Ebit Lew dihentam netizen
Kerajaan lulus tiga syarikat kredit beri pinjaman dalam talian