Baru usia 20 tahun, usahawan wanita ini jadi individu berpengaruh di Malaysia

Oleh MHDAILY

Baru usia 20 tahun, usahawan wanita ini jadi individu berpengaruh di Malaysia. Usahawan muda yang juga aktivis belia, Harsha Ravindran, 20, menjadi individu paling muda berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini.

Senarai tahunan itu mengetengahkan 40 individu berusia bawah 40 tahun, yang mencatat kejayaan, inovatif dan berpengaruh di Malaysia.

Harsha, yang juga Naib Presiden Kewangan Kelab Keusahawanan Siswa Wharton, disenaraikan atas usahanya menubuhkan gerakan belia dan perusahaan sosial, Ascendance, ketika beliau hanya berusia 13 tahun.

Gerakan itu ditubuhkan bersama kakaknya, Heerraa serta rakannya, Mathura Kannan dan Sanadtkumar Ganesan.

Ketika ini, Ascendance, menjadi antara gerakan belia paling cepat berkembang di Asia Tenggara dan Harsha sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mengetuai ahli dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) berusia lapan tahun hingga 22 tahun, dengan misi memberi impak kepada satu juta remaja menjelang 2025.

Baru usia 20 tahun, usahawan wanita ini jadi individu berpengaruh di Malaysia

“Harsha membanggakan Malaysia dalam segala segi, daripada mengetuai generasinya menerusi Ascendance hinggalah berjaya mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 di institusi liga Ivy, University of Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

“Beliau turut menjadi hos rancangannya sendiri, Changing Reality, yang ke udara di radio WQHS di AS, yang mana Harsha menemu bual eksekutif kanan daripada Google, Disney, Tik Tok, Goldman Sachs, CBS dan banyak lagi,” kata Prestige Malaysia dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut berada dalam senarai 40 Under 40 Prestige Malaysia tahun ini adalah kakaknya, Heerraa, seorang penyanyi dan pencipta lagu, yang menarik perhatian selepas menerima Anugerah ICon di Anugerah Muzik Intercontinental 2022 di Los Angeles, baru-baru ini.

“Selepas memenangi hati juri dalam kalangan eksekutif muzik Hollywood menerusi lagunya, Heerraa turut menerima anugerah di Amerika Utara dalam kategori pop, sekali gus melonjak namanya dalam industri muzik antarabangsa.

“Selain berjaya mengekalkan markah cemerlang dalam pengajian, Heerraa turut berjaya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Dekan Harvard University 2021-2022, selaku mahasiswa Sarjana Muda Sastera Liberal di Harvard,” katanya.

Selain Harsha dan Heerraa, 40 Under 40 Prestige Malaysia 2022, turut menyenaraikan atlet gimrama negara, Izzah Amzan, yang memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel 2022; CEO dan pengasas Kayman Beauty, Nabella Anuar; pelawak, penulis dan pengarah Cinematic Sdn Bhd, Shamaine Othman serta Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Kumpulan Brickhouse, Datin Cristine Bong.

BACA:

Ini punca Zahid nak perlembagaan BN dipinda semula

Fitnah di facebook, Ismail Sabri saman Lokman Adam

Raja Charles warisi kekayaan RM1.9 Billion Ratu Elizabeth II