“Ini adik Iman, berumur 12 tahun. Anak tunggal,” tulisnya.“Sepanjang aku berada di sini,
dia seorang diri jaga ibu dia yang terkena strok. Tak duduk diam, memastikan ibu dia sentiasa selesa.”
Iman turut mengambil inisiatif untuk menukar pampers ibunya, membersihkan badan ibunya, dan menjaga keperluan ibunya tanpa bantuan sesiapa.
Lebih menyentuh perasaan apabila diketahui bahawa ibu Iman juga seorang ibu tunggal yang hanya bergantung kepada Iman untuk penjagaan harian.
“Doktor pun tak pasti sama ada Iman faham atau tidak keadaan ibunya, kerana dia baru berusia 12 tahun dan menghadap ujian berat ini,” kata norasni31.
Semoga Iman terus diberi kekuatan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak, ujar pengguna tersebut lagi.
Namun, dalam ruangan komen, ada seorang pengguna yang berkongsi bahawa ibu Iman sudah dibenarkan pulang ke rumah. Ibu Iman kini dijaga secara bergilir oleh saudara-maranya, manakala Iman telah kembali ke sekolah seperti kanak-kanak lain.
@norasni31bila mana depan katil KO seorang pesakit strok.. dan penjaga seorang budak 12 tahun..makan minum tido kat lantai .Allahu kecian tgkk😭#fypviralシ #tiktokviral #beranda #terengganu#sedih #hospital #foryourepage #fyppppppppppppppppppppppp
Tindakan murni Iman mendapat pujian ramai. Dalam usia yang muda, Iman telah menunjukkan kasih sayang yang luar biasa kepada ibunya.
Perkongsian ini benar-benar menyentuh hati banyak pihak, terutamanya kerana pada usia seperti Iman, seharusnya dia masih dalam penjagaan ibu bapa.
Rata-rata netizen memuji Iman atas pengorbanannya dan mendoakan agar ibu Iman diberi kesembuhan dan dapat melihat anak yang sangat berbakti ini membesar menjadi seorang yang berjaya. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar buat Iman dan keluarganya.
BACA: Kapal persiaran tawar 4 tahun pelayaran tanpa henti untuk pembenci Trump