Baru kerja Singapura dah berlagak tayang gaji di Tiktok, ‘yang buruk dia sorok’- netizen. Begitulah keterujaan yang diluahkan warganet terhadap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.
Kebanyakan mereka sanggup bangun seawal pukul 3 pagi, pulang lewat malam dan menghadap kesesakan lalu lintas kerana gaji lumayan – Dolar Singapura (SGD), berkali ganda mahal dari Ringgit Malaysia (RM).
Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia Singapura (LinKedua) sudah menjadi kebiasaan buat mereka yang mencari rezeki demi menampung keperluan diri dan keluarga.
Golongan yang berulang-alik antara dua negara saban hari untuk mencari rezeki ini digelar Run SGD.
Namun, apa yang tidak sedapnya apabila segelintir Run SGD bangga ‘menayang’ gaji di media sosial, sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja dalam negara.
“Run SGD, berhentilah buat video kat TikTok cerita pasal gaji kau berapa kerja di SG (Singapura). Gaji kita biar bini dan pejabat zakat saja yang tahu,” tulis seorang lelaki di grup Facebook berkaitan dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Republik itu.
Tanpa mengira jenis pekerjaan, ada Run SGD yang berkongsi gaji bulanan dari SGD1,500 (RM4,841) dan sekitar SGD3,000 (RM9,685) serta SGD3,500 (RM11,299) di aplikasi popular itu.
Bagaimanapun ada yang mendakwa hanya anak muda Malaysia terutama Generasi Z (Gen Z) yang bekerja di Singapura sahaja yang suka menayang gaji mereka di media sosial.
“Budak-budak BBNU (Budak Baru Nak Up) memang macam tu. Kebulur nak tayang slip gaji.
“Budak-budak yang pertama kali masuk dan kerja SG je yang dok menunjuk sangat.
“Biasa la tu, baru merasa SGD.
“Orang kerja 10 tahun kat SG tak ada yang nak up macam tu. Ni jenis budak baru nak up kerja SG. Jangan nak menunjuk sangat. Orang cari rezeki, bukan cari dosa,” antara komen netizen.
Malah, ada yang berpandangan tindakan menunjukkan gaji lumayan itu tidak menonjolkan realiti sebenar mereka yang terpaksa bersusah-payah masuk ke negara jiran untuk bekerja.
“Memang kena stop semua ni sebab benda tu semua orang pandang kerja SG ni gaji besar dolar. Tapi orang tak tahu apa yang kena hadap setiap hari.
Semua orang pandang kerja di Singapura ni gaji besar dolar. Tapi orang tak tahu apa yang kena hadap setiap hari.
NETIZEN
“Sepatutnya bukan buat video gaji kau berapa, tapi buat video perjuangan sebenar Run SGD yang setiap hari lalui benda yang sama. Tu lebih baik daripada nak tunjuk gaji kau lebih baik. Kau tunjuk realiti sebenar Run SGD, jangan tunjuk yang manis je,” katanya.
Tidak terkecuali ada yang menyifatkan perkongsian gaji bekerja di Singapura itu bukan satu masalah besar jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka mencari rezeki di negara jiran.
Malah ada yang berpendapat ia sebagai galakan kepada anak-anak muda untuk berusaha menjana pendapatan demi kehidupan yang lebih baik.
“Okaylah dia nak kongsi kegembiraan bila dapat gaji. Mungkin dia rasa berbaloi dengan korbankan masa menempuh jam (kesesakan) pergi balik.
“Biarlah depa nak bakar semangat kawan-kawan cari rezeki. Aku pun apply kerja SG sebab ada kawan ajak. Kalau tak, dok leka begitu je dalam zon selesa,” komen netizen.
BACA:
Netizen kecam DSV jerit dekat telinga bayi, “boleh kena saman ni”
Caprice bertegas tak nak minta maaf dengan SM Faisal, bakal berdepan di court
Muhyiddin dah sabotaj PM, dedah Zahid
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio