Baru je sembuh, Nad Zainal nekad mahu bantu peniaga kecil bersama Ungku Ismail. Pelakon Nad Zainal baru-baru ini mendedahkan inisiatifnya untuk membantu peniaga-peniaga kecil menerusi reviu produk bersama teman rapatnya, Ungku Ismail.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, berkata mana-mana peniaga yang mahu menggunakan khidmatnya untuk melakukan ‘paid review’ juga boleh menghantar mesej secara peribadi menerusi Instagram.
Selepas ini saya akan mengekalkan waktu sebegini untuk ‘live’ bersama-sama. Kepada anda yang ingin menggunakan ‘paid review’ juga boleh menghantar mesej secara peribadi di Instagram saya.”
Walau bagaimanapun, menurut Nad produk yang akan direviu juga seharusnya bersesuaian dengan Ungku Ismail.
Namun produk itu harus bersesuaian dengan Ungku Ismail juga. Kalau ‘review’ baju perempuan, takkan dia hendak memakai baju perempuan pula kan? Jadi kami ada juga ‘paid review’ berdua…
…Mungkin lebih ke arah makanan, harga pun berpatutan kerana inistiatif ini bagi membantu peniaga-peniaga kecil.”