Baru 3 bulan kahwin, wanita kecewa suami suka tengok tiktok perempuan seksi

Oleh MHDAILY

Baru 3 bulan kahwin, wanita kecewa suami suka tengok tiktok perempuan seksi. Setiap wanita pastinya mempunyai perasaan cemburu sekiranya suami sendiri suka melihat wanita lain di hadapan mata. Sama macam yang dikongsikan seorang wanita ini tentang gelagat suaminya yang gemar menonton video Tik Tok wanita lain.

Dia turut meluahkan rasa kecewanya dengan perangai si suami dan berasa seolah-olah tidak dihargai. Perkongsian wanita itu juga turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada juga yang melalui nasib sama seperti wanita ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu sempat merakamkan gelagat si suami yang dilihat terbaring sambil bermain telefon. Dalam masa yang sama, dapat dilihat lelaki itu menggunakan aplikasi Tik Tok dan menonton video wanita-wanita lain yang dilihatnya.

Menurut isterinya ini, mereka baru sahaja berkahwin pada bulan April yang lalu namun wanita itu berasa kecewa apabila suaminya seperti tidak menghormati perasaannya sebagai isteri. Tambahnya lagi, selepas berkahwin barulah lelaki itu menunjukkan perangainya yang sebenar iaitu berbeza semasa di zaman bercinta dahulu.

Tidak cukup dengan itu, suaminya juga selamba menonton video dan gambar wanita lain di hadapannya menyebabkan dia sering kali ‘makan hati’ dengan perangainya itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita turut sama berasa kecewa melihat perangai si suami yang dikongsikan ini.

Baru 3 bulan kahwin, wanita kecewa suami suka tengok tiktok perempuan seksi

“Laki aku scroll laju-laju kalau aku dekat. Tapi sorang-sorang tak tau lah.”

“Pentingnya seorang suami menjaga pandangan matanya…”

“Memang susah kalau ada suami yang tak jaga pandangan mata…”

“Masih untung sebab dia cuma tengok je. Laki aku sambil tengok sambil follow sambil like n stalker.”

BACA:

Lembu korban tiba-tiba mengamuk, kelam kabut satu kampung

“Nampak gelek dekat Tiktok okay je..”, orang ramai persoal isteri Caprice kena sihir

Maria Farida buat aksi ‘panas’ di Tiktok, ramai yang tak keruan..

Leave a Comment