‘Barey kawe, duit demo’, tokey bundle jackpot jeans Levi’s bernilai RM410,000!

Oleh ZAKARIA HAMZAH

‘Barey kawe, duit demo’, tokey bundle jackpot jeans Levi’s bernilai RM410,000!

Sepasang seluar Jeans berjenama Levis yang berasal dari tahun 1880-an telah ditemui dalam lombong terbiar, seluar tersebut telah dilelong pada harga US$87,000 (RM410,000).

Seluar berjenama itu telah dijumpai dalam sebuah lombong terbiar di barat Amerika oleh seorang ahli arkeologi denim Michael Harris.

‘Barey kawe, duit demo’, tokey bundle jackpot jeans Levi’s bernilai RM410,000!

‘Barey kawe, duit demo’, tokey bundle jackpot jeans Levi’s bernilai RM410,000!

Setelah ditemui ianya di jual di Durango Vintage Festivus iaitu sebuah festival sambutan denim empat hari di pinggir Aztec, berita ini dilaporkan oleh United Press International (UPI).

Berbicara soal ciri-ciri yang ada pada seluar berusia 140 tahun itu, ianya mempunyai buckleback dan dibeli oleh Kyle Hautner dan Zip Stevenson.

Seluar dari tahun 1880-an

Hautner telah membayar 90 peratus dari jumlah harga itu kemudian Stevenson mencukupkan bayaran dengan menyumbang sebanyak 10 peratus. Stevenson yang mempunyai dan mengutuskan kedai pembaikan Denim Doctors di Los Angeles berkata, seluar tersebut adalah satu penemuan yang jarang berlaku.

“Seluar jeans ini boleh dikatakan sangat unik dan jarang dijumpai terutamanya dari segi saiz dan keadaannya yang masih elok” UPI ketika menembualnya kepada CNN.

Stevenson memaklumkan, Harris telah mencari sekurang-kurangnya 50 lombong terbiar dalam masa 5 tahun dan langsung tidak menemukan sesuatu yang mempunyai kualiti yang sama.

Jeans Levi’s dilelong dengan harga RM410,000

Beberapa jeans Levis dari tahun yang sama diketahui masih wujud, namun kebanyakannya dipamerkan di muzium dan sudah tidak boleh dipakai lagi.

Beliau menambah lagi, seluar yang dilelong itu sebaliknya masih boleh dipakai dengan melakukan sedikit penambahbaikan.

Seluar yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi itu kini disimpan dalam peti deposit keselamatan yang berhampiran Denim Doctors dan hanya boleh dilihat melalui temujanji.

Pemilik seluar tersebut mengharapkan suatu hari nanti ianya dapat dijual kepada pihak muzium untuk tontonan umum.

Perkongsian artikel ini pastinya akan sesuai untuk para peminat barangan vintaj atau barang lama yang sukakan suatu yang mempunyai memori dan menyimpan barangan yang mempunyai hasil buatan bermutu tinggi. Tidak hairanlah ada dalam kalangan mereka sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit demi menjadikan koleksi barangan vintaj menjadi milik mereka.

Barangan ini dikenali sebagai ‘barang rare’ yang memiliki nilai sentimental yang tersendiri buat peminatnya. Tidak dapat dipastikan adakah seluar jeans ini sudah dibeli atau sudah berada di Muzium, namun kisah ini adalah bukti barang yang lama masih mempunyai nilai yang tinggi dan sanggup dibida sehingga mencecah harga ratusan ribu ringgit.

Di Malaysia juga para peminat barang vintaj juga mempunyai komunitinya sendiri dan pelbagai festival diadakan dengan menjual barang-barang lama ini. Contohnya seperti di Pasar Lambak KL yang akan menjadi tumpuan orang ramai setiap minggu.

Pengunjung yang hadir bukan sekadar kunjungan kosong tetapi bertujuan untuk mendapatkan maklumat sesuatu barangan yang mungkin digunakan dalam era 1950-an sehingga 1990-an.

Selepas proses penjenamaan semula, kini ianya dikenali sebagai bazar flea market ataupun car boot sales. Konsepnya tetap samam iaitu menyediakan aktiviti perniagaan yang dianjurkan secara santai. Disini ianya mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana disini hanya menawarkan barangan antik dan klasik yang bersifat ‘vintage’ dan susah ditemui.

Bagi rakyat Malaysia yang meminati barangan seperti ini bolehlah hadir ke Pasar Lambak dan pastinya akan menjanjikan pengalaman unik dan hebat. Ianya hanya beroperasi dalam dua hari seminggu iaitu Sabtu dan Ahad, peminat yang hadir bukan sekadar berjalan kosong tetapi mendapat pengisian yang tersendiri. Jom hadir untuk melihat barangan vintage.

BACA:Jangan buang baju yang ada tahi lalat, ketahuilah ini cara paling berkesan, confirm jimat duit beli baju baru