Bapa tergamak ikat pada kayu dan lumur madu pada badan, undang lebah datang menyengat

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Jiran menuduh anaknya yang berusia 7 tahun mencuri, si bapa memberikan hukuman yang sangat KEJAM kepada anaknya!

Kejadian ngeri ini berlaku di Qalyubia, Mesir. Seorang bapa bertindak dengan kejam terhadap anak kandungnya selepas anaknya dituduh mencuri.

Menurut laporan Daily Mail, bapa berusia 34 tahun itu mengikat anak lelakinya pada sebatang kayu dengan tangan terikat di belakang dan melumurkan tubuhnya dengan madu.

Lebih buruk lagi, budak malang tersebut diletakkan di atas bumbung rumah mereka di Shebin Al-Qanater Center.

Tubuh budak tersebut yang dipenuhi madu telah menarik perhatian semut, lebah, dan nyamuk.

Bapa tergamak ikat pada kayu dan lumur madu pada badan, undang lebah datang menyengat

Namun, laporan itu tidak menyebutkan berapa lama kanak-kanak tersebut dibiarkan di atas bumbung rumah.

Ibunya, berusia 29 tahun, yang bimbang akan keselamatan anaknya, segera mencari bantuan dari badan penyelamat setempat.

Dia juga melaporkan insiden mengerikan ini kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa akhirnya berjaya menemukan kanak-kanak malang itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Wanita ini kemudian melarikan diri bersama anak lelakinya ke kampung lain, mendakwa suaminya sering menyeksa anak lelaki mereka secara fizikal.

Dia menyebutkan bahawa suaminya memberikan hukuman kejam, termasuk melarang anaknya makan atau minum untuk jangka waktu yang lama.

Pihak polis akhirnya berjaya menangkap dan menahan si bapa yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk atas pertuduhan mendera anaknya sendiri.

BACA: ‘Depan mata aku dan anak, suami kantoi bawa balik kawan aku sendiri masuk rumah, tidur sekali’