Bapa pergi curi motor bawa anak, berjaya curi motor sekali anak pula tertinggal

Oleh MHDAILY

Bapa pergi curi motor bawa anak, berjaya curi motor sekali anak pula tertinggal. Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan aksi seorang bapa tertinggal anak ketika sedang curi motosikal di bahu jalan, lapor Suara.com.

Menerusi video yang dikongsikan oleh terang_media di platform Instagram memaparkan aksi lelaki berkenaan meninggalkan anaknya sewaktu membawa lari motosikal.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah jalan di Permatang Siantar, Sumatera Utara.

Bapa pergi curi motor bawa anak, berjaya curi motor sekali anak pula tertinggal

Berdasarkan klip video tersebut, pencuri terbabit pada ketika itu sedang berjalan bersama anak perempuannya di bahu jalan sebelum bertindak mencuri motosikal yang terletak di bawah sebuah pokok.

Bagaimanapun, anaknya yang belum sempat berbuat apa-apa hanya melihat sahaja bapanya bertindak memecut laju menaiki motosikal curi itu.

Kanak-kanak tersebut kemudiannya berlari masuk ke salah sebuah rumah penduduk di tempat kejadian sebelum disoal siasat.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh TERANG MEDIA (@terang_media)

Menurut saksi, kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan itu merupakan anak kepada lelaki berkenaan dan rumah mereka hanya terletak 200 meter dari lokasi kejadian, lapor terang_media.

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai pemilik motosikal itu cuba mengejar pencuri terbabit selepas melihat kenderaannya dibawa lari namun gagal.

“Kesian anaknya,” kata warganet menerusi suara.com.

Kejadian itu telah menarik perhatian netizen setelah melihat anak tersebut ditinggalkan oleh bapanya.

BACA JUGA :

“Itulah pertama kali aku nampak ibu nangis, rupanya keluarga ayah senyap-senyap tukar hak milik dan ambil duit company masa ayah koma”

“Aku siapkan cepat-cepat album kahwin, lepas sebulan call tak jawab, rupanya ini kisah sedih yang menimpa pengantin perempuan”

“Suami nekad takkan balik rumah keluarga dia, yang terkejut tu suami luah semua dekat mak aku, rupanya ini kerja adik beradik dia!”