Seorang lelaki dipercayai bapa kepada Mondy Tatto meminta maaf kepada Ustaz Ebit Lew di atas keterlanjuran anaknya itu.
Menerusi siaran langsung di media sosial bersama pendakwah dari Indonesia,
Ustaz Derry Sulaiman, lelaki tersebut kelihatan hiba dan menangis kesedihan.
“Saya mohon maaf atas tingkah laku tutur kata yang tidak sopan (Mondy). Tolong sampaikan kepada Ustaz Ebit yang telah membantu keluarga saya.
“Saya sebagai orang bodoh, tidak mampu, mohon maaf atas perlakuan Mondy. Mungkin anak saya dalam tekanan atau diguna oleh orang tidak bertanggungjawab.
“Saya dah bercakap dengan orang yang membawa dia, katanya jangan risau dan khuatir. Saya jadi bingung.
“Bagaimana caranya ustaz sedangkan saya tidak mampu untuk buat pasport, cucu saya juga anak Mondy lagi. Saya orang kurang mampu tak punya apa-apa,” soalnya kepada Derry.