Bapa durjana! Tiduri anak kandung sendiri, tergamak tanam 7 bayi hasil sumbang mahram
Nauzubillah min zalik, itulah satu kata yang mungkin terkeluar dari mulut selepas mengetahui sebuah berita mengejutkan ini.
Seorang ayah dipercayai meniduri anak kandung sendiri sejak tahun 2013 secara berulang kali hingga menyebabkan gadis itu hamil.
Seorang pekerja mahu gali tanah di kebun terbiar tiba-tiba menjumpai rangka
Lebih menyayat hati, penduduk Kampung Banyumas, Indonesia kemudiannya dikejutkan dengan penemuan tulang dan rangka 4 bayi dibalut kain yang merupakan hasil sumbang mahram anak beranak berkenaan.
Difahamkan, si anak yang sekarang berusia 25 tahun pertama kali disahkan mengandung ketika umur 14 tahun.
Bapa berkata sebenarnya ada lagi 3 bayi
Suspek utama kejadian ini dikenali sebagai Rudi (57 tahun) telah pun ditangkap pihak berkuasa.
Paling mengejutkan, dia memberitahu sebenarnya masih ada lagi 3 bayi yang dilahirkan oleh anaknya
Ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah seramai 7 bayi. Justeru, hingga kini kerja-kerja mengesan lebihan rangka masih diperluaskan di lokasi sama.
Salah seorang anak sumbang mahram diambil sebagai anak angkat
Menerusi maklumat dikongsikan oleh warga setempat yang sedia tahu tentang perbuatan jijik terbabit, 2 beranak itu banyak kali dihalau dan sering bertukar-tukar rumah sewa.
Ada yang pernah lihat perut si anak membesar.
Bahkan dakwa mereka, salah seorang zuriat sumbang mahram itu diambil sebagai anak angkat penduduk kampung dan kini telah berumur 11 tahun.
Sama ada menggugurkan atau ada unsur menganiaya, ia masih berada dalam siasatan polis.
BACA:
Tak sangka! Rupanya ini kehidupan sebenar Watie sebelum berkahwin dengan Shuib ramai tak tahu!