Melihat kehidupan mereka yang kurang bernasib baik sering kali memberikan kita pengajaran yang mendalam dan menanamkan rasa syukur yang lebih besar.
Terutama apabila kita melihat hubungan kekeluargaan yang seharusnya dipenuhi dengan kasih sayang dan saling menghargai.
Memiliki pasangan yang bertimbang rasa adalah sebuah anugerah yang sangat bernilai, sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Sebuah hantaran di media sosial oleh seorang wanita menceritakan sebuah pengalaman yang membuatkan dirinya terkesima ketika singgah makan di sebuah restoran.
Wanita itu berkata, “Tadi saya makan di luar dan duduk bersebelahan dengan sebuah keluarga yang mempunyai anak kecil.
Si ibu sedang sibuk menguruskan anaknya yang masih kecil, menguruskan makan, meriba, dan menenangkan anak yang menangis, semuanya dilakukan seorang diri. Suaminya, di sebelah, duduk selesa dan terus makan tanpa peduli.”
Namun, apa yang berlaku seterusnya membuatkan wanita ini terkejut. “Tiba-tiba si suami marah dan memaki, ‘Bodoh lah, menyusahkan!’ kepada anaknya yang sedang meragam. Saya yang berada di situ terkejut mendengar seorang bapa berkata begitu kepada anaknya sendiri. Adakah ini perkara biasa dalam kehidupan rumah tangga sekarang?” ujarnya dengan rasa risau.
Wanita itu meluahkan kebimbangannya, “Saya jadi takut nak bina rumah tangga kalau lelaki zaman sekarang begitu sikapnya.”
Di ruang komen, ramai warganet yang menyuarakan pendapat serupa, menyatakan bahawa sikap sebegitu mencerminkan masalah emosi dan jiwa yang serius.
“Kasihan isteri tu, terpaksa menanggung segala beban sendirian, manakala suami hanya tahu lepas tangan,” komen seorang pengguna.
“Sebagai wanita, kita perlu lebih bijak memilih pasangan, bukan hanya untuk diri kita tetapi juga untuk masa depan anak-anak.
Anak tidak boleh memilih siapa bapa mereka, hanya kita yang punya kuasa untuk menentukan itu,” kata seorang lagi pengguna.
Namun, meskipun kecewa dengan sikap segelintir lelaki, banyak warganet mengingatkan wanita agar tidak putus asa mencari cinta sejati. “Jangan hilang harapan, masih ada lelaki baik di luar sana. Banyakkan berdoa agar ditemukan jodoh yang tepat dan penuh kasih sayang,” tambah mereka.
BACA: “Rasa macam dijaga, dilindungi Tuhan” Wanita Cina menangis lepas cuba-cuba pakai hijab, jubah…